AIDCNEWS
-27/05/13 - Amalan resist telah
dipraktikkan secara berleluasa dalam politik di Singapura, dedah Profesor Dr
Lily Zubaidah Rahim dalam bukunya, berjudul “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor &
Francis Group, 2009.
Dr
Lily, pensyarah di Universiti Sydney, Australia berkata walaupun Ahli Parlimen
Melayu PAP memiliki ijazah PhD dan menang dalam Pilihanraya Singapura, namun
Ahli Parlimen berbangsa Melayu itu tetap diberi portfolio yang kurang penting.
“Sehingga
kini, orang Melayu telah diberikan secara berterusan portfolio yang tidak
penting dalam Kabinet. Tiada wakil Melayu diberikan untuk portfolio Pendidikan,
Kewangan, Luar Negeri atau portfolio Pertahanan. Mereka hanya diberikan
portfolio Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar, Hal Ehwal
Masyarakat dan Hal Ehwal Islam.
“Berbekalkan
PhD dalam Kejuruteraan dari Ivy League Universiti Amerika, bekas ahli akademik
dari Universiti Kebangsaan Singapura, Yaacob Ibrahim, boleh dikatakan mempunyai
kebolehan teknokrat diperlukan untuk mengambil portfolio utama tetapi beliau
hanya kekal sebagai Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air,” katanya.
Menurutnya,
perkara yang sama berlaku kepada bekas Menteri Kabinet Ahmad Mattar, yang
memiliki PhD dalam bidang fizik, namun beliau juga diberikan portfolio Alam
Sekitar.
Dr Lily
yang juga anak saudara kepada Presiden pertama Singapura, Yusof Ishak berkata
selepas bapa saudaranya meninggal dunia, tiada lagi individu Melayu dilantik
sebagai Presiden Singapura.

