Perpaduan
nasional akan tetap tidak tercapai selagi sekolah-sekolah vernakular terus
wujud di negara ini. Generasi muda negara ini akan terus terperangkap dalam
polarisasi kaum akibat kewujudan aliran pendidikan yang berasingan.
Sekolah-sekolah
jenis kebangsaan yang memerima peruntukkan kerajaan boleh dibantah melalui
saluran undang-undang kerana perkara itu tidak termaktub di dalam Perlembagaan
Persekutuan. Di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 12 menyebut hak-hak
hanya diberikan kepada sekolah-sekolah berpendidikan agama Islam sahaja, tiada
peruntukan terhadap sekolah-sekolah jenis kebangsaan.
Disyorkan,
ubahlah sekolah-sekolah vernakular ini kepada sekolah kebangsaan supaya pelajar
berbilang kaum dapat bersekolah di dalam satu aliran sahaja. Jika ada yang tidak setuju dengan cadangan
ini, mereka memperlihatkan sikap resis dan anti perpaduan.
Di
Singapura penduduknya 80% berbangsa Cina, tiada satu pun sekolah beraliran Cina
dibiaya oleh kerajaan. Pendidikan sekolah satu aliran menerusi sekolah
kebangsaan telah lama dilaksanakan di Singapura, kenapa mejoriti rakyat
berketurunan Cina tidak membantah? Kenapa tidak di Malaysia?
Pemimpin-pemimpin
politik sentiasa melaung-laungkan perpaduan, tetapi itu hanya retorik untuk
meraih undi dan rakyat hanya bermimpi di siang hari. Selagi ada sistem pendidikan
yang berteraskan sesuatu kaum, sampai kiamat pun perpaduan bangsa tidak akan
tercapai dan jurang polarisasi kaum akan terus menebal…..Ubahlah kali ini!

