Tuesday, 4 June 2013

INI KALILAH !


Sikap ditunjukkan pertubuhan Dong Zong yang terlalu mengagung-agungkan sifat kecinaan adalah didorong oleh perasaan mereka yang masih beranggapan berada di Tanah Besar Cina. 

Dalam masa yang sama, kumpulan tersebut tidak sanggup untuk kembali ke tanah asal kerana mengakui penghijrahan nenek moyang mereka dahulu ke tanah milik orang Melayu ini membawa kepada kehidupan yang jauh lebih terjamin. 

Psiki mereka akhir-akhir ini berkaitan dengan Tanah Besar Cina yang bakal menjadi kuasa besar di dalam tempoh satu dekad lagi dan diaspora Cina telah memberi kesan terhadap semangat pertubuhan ini.

Dong Zong sebenarnya adalah pertubuhan ultra resis apabila memperjuangkan hak hanya untuk kaum Cina sahaja, baik dari segi pendidikan mahupun budaya kaum itu. 

Apakah yang akan berlaku apabila orang Melayu hanya memperjuangkan pendidikan, budaya dan kesemuanya berkaitan kaumnya sahaja? Tentu jurang polarisasi kaum di negara ini akan menjadi bertambah parah.

Kerajaan perlu lebih bertegas di dalam soal ini, bukannya asyek menggunakan pendekatan toleransi kerana selama ini mereka tidak pernah menghargai apa yang telah mereka perolehi berdasarkan pendekatan tersebut. 

Pendekatan toleransilah yang menyebabkan banyak hak-hak keistimewaan Melayu dan kaum pribumi di negara ini terutamanya dalam soal pendidikan terabai dan tergadai seperti 10% kemasukan bangsa asing ke dalam MRSM dan kolej-kolej matrikulasi. 

Mereka ini diumpama ‘diberi betis nak peha dan diberi peha nak semua’ dan ‘di beri bunga dibalas najis’ itulah perumpamaan yang bersesuaian untuk mereka.

Sepatutnya kerajaan mengharamkan terus pertubuhan ultra resis ini dan menutup terus semua sekolah-sekolah vernakular yang menjadi ‘lubuk’ perkauman. Generasi muda di negara ini sepatutnya mengikuti satu sistem persekolahan yang berteraskan kebangsaan iaitu Sekolah Kebangsaan.

PRU ke-13 membuktikan bangsa Melayu telah menguasai tampok pemerintahan negara ini sedangkan kaum Cina dengan tsunami mereka. 

INI KALILAH peluang UMNO untuk menunjukkan kepada mereka bahawa negara ini merupakan hak mutlak Melayu dan pribumi dan kaum mereka hanyalah berasal dari kaum pendatang.

Bagi bangsa Melayu dan pribumi, kuasa politik adalah terlalu penting. Bagi Cina, kuasa ekonomi dan kewangan sudah dimiliki lama. Kuasa pendidikan, budaya dan sosial sedang berkembang subur mengikut pola kecinaan mereka. 

Bayangkan, kalau kuasa politik juga didominasi oleh kaum pendatang iaitu pengkalan terakhir bagi umat Melayu dan pribumi. Apa yang tinggal?......Wassalam.


Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...