Di
dalam Islam terdapat istilah ikhtilaf dan terdapat istilah tafarruq. Al-Quran
melarang umatnya bertafarruq (berpecah-belah) tetapi membenarkan ikhtilaf
(perbezaan jalan untuk mencapai kebenaran dan mencapai objektif syariah).
Ulama besar seperti Imam Syafie, Miliki, Hanbali dan Hanafi tidak pernah menidakkan orang lain atau mengatakan orang lain semuanya salah.
Ulama-ulama kita dalam mazhab-mazhab ini hanya berselisih dalam metodologi sahaja untuk mencapai kebenaran. Ulama-ulama ini tidak pernah menidakkan antara satu sama lain.

Perbezaan
Metodologi dibolehkan kerana perbezaan pandangan dan pendapat adalah tabiat
asal manusia. Tetapi iktirab perbalahan tidak dibenarkan di dalam Islam
sehingga kita berkerat rotan dan berpatah arang sesama umat.
Di dalam Islam, mana-mana yang kita persetujui akan disepakati, tetapi mana-mana yang diperselisihkan haruslah ditoleransikan dengan bahasa yang lebih mudah, bersepakat terhadap perkara-perkara yang dipersetujui dan bertolak ansur di dalam perkara-perkara yang diperselisihkan.