Monday, 24 June 2013

Sistem Meritokrasi Pendidikan Menganiaya Pelajar Melayu dan Pribumi.


Kementerian Pendidikan seharusnya memansuhkan amalan meritokrasi di dalam sektor pendididkan bagi ‘memulangkan semula’ keadilan kepada pelajar-pelajar Melayu. Kerajaan perlu menyusun semula struktur sistem pendidikan bermula di peringkat pra sekolah sehingga ke institusi pendidikan tinggi. Penstrukturan semula perlu mengutamakan pelajar Melayu dan pribumi dengan merangkumi aspek kaedah pembelajaran sehingga kepada peruntukan biasiswa.

Hari ini meritokrasi telah mewujudkan ketuanan Cina kerana ianya tidak pernah menguntungkan pelajar-pelajar Melayu dan pribumi. Di IPTA sehingga kini, hanya kira-kira 35% terdiri dari pelajar Melayu dan pribumi dan selebihnya adalah kaum Cina dan India.

Di dalam aspek biasiswa, pelajar Melayu dan pribumi amat terpinggir kerana gagal dalam perebutan memperolehi kelayakan pembiayaan biasiswa. Pada tahun lalu sahaja, sejumlah 80% pelajar Cina dan tidak termasuk peratusan pelajar India, telah memperolehi tajaan bisiswa dari JPA kerana mendapat keputusan cemerlang berdasarkan penetapan kerajaan melelui sistem meritokrasi. Selain itu, kaedah pengurusan biasiswa ketika ini seolah-olah tidak telus apabila melihat golongan ahli politik yang diberi amanah mengendalikan perkara ini dengan hanya memberikannya kepada kaum-kaum tertentu sahaja.

Selama ini, sistem meritokrasi dalam pendidikan tidak pernah diperincikan dengan teliti kerana tidak mengambil kira kesan dan impaknya terhadap pelajar Melayu dan pribumi. Sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula sistem meritokrasi yang sedang berjalan kini dengan menghadkan kouta pendidikan kepada pelajar bukan Bumiputera.

Di samping itu, sistem yang diguna pakai oleh PTPTN kini ialah memberi pelepasan bayaran balik pinjaman kepada pelajar yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama. Bunyinya memang sedap didengar, namun hakikatnya tidak mendatangkan keuntungan langsung kepada pelajar Melayu dan pribumi. Menerusi dasar meritokrasi ini jugalah, pelajar Melayu dan kaum peribumi merupakan kumpulan paling rendah diberi keistimewaan tersebut, sebaliknya pelajar Cina dan India membolot lebih 80% dari keistimewaan tersebut.

Kerajaan seharusnya meneliti perkara ini sedalam-dalamnya, kerana  selama ini kerajaan terlalu memikirikan kaedah mengambil hati kaum Cina dan India yang kononnya untuk kepentingan negara sehingga sebenarnya telah terlalu lama menganiaya orang Melayu dan penduduk pribumi…..Wassalam.








Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...