Monday, 30 September 2013

Kalimah Allah Lambang Tauhid Umat Islam


Pemimpin Kristian di negara ini seharusnya menghormati sensitiviti umat Islam terutamanya yang menyentuh perkara-perkara yang menjadi hak ekslusif mereka seperti penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik, The Herald. Perkara ini sangat perlu kerana negara ini tidak seperti negara lain yang hanya terdiri dari homogeous society dan agama semata-mata.

Paderi-paderi Kristian di negara ini sewajarnya menumpukan lebih usaha mengajak penganut agama Kristian ke arah menjadi manusia yang lebih baik dan melupakan niat serta usaha menarik mahupun mempengaruhi umat Islam menganut agama itu. Setiap agama sangat percaya kepada kebenaran dan cinta kepada Tuhan tidak kira apa jua nama yang menjadi panggilan kepada Tuhan yang disembah, menyuruh penganutnya menjadi lebih jujur dan bercakap benar.

Seperti juga penganut agama Kristian yang mempercayai Jesus Chirstus sebagai Tuhan yang wajib disembah dan membimbing penganutnya ke arah kebaikan, penganut Islam juga berharap mereka akan menjadi manusia yang lebih baik dan hanya mempercayai hanya Allah sahajalah yang wajib disembah.

Tiada sebab mengapa penganut Kristian menggunakan Kalimah Allah di dalam agama mereka kerana Allah merupakan kalimah eksklusif hanya kepada umat Islam sahaja sedangkan dan mereka (Kristian) hanya mempercayai Jesus Kristus sebagai Tuhan yang harus dipercayai. Jika penggunaan kalimah ini diteruskan, maka paderi-paderi Kristian telah mengamalkan sikap yang tidak jujur dan melakukan satu pembohongan yang sangat besar terhadap agama mereka sendiri.

Mungkinkah pemimpin-pemimpin Kristian di negara ini menggunakan konsep ‘kontekstualisasi’ dengan ‘menyerap’ elemen-elemen yang diamalkan di dalam agama Islam ke dalam agama Kristian untuk ‘mengeliru’ penganut-penganut Islam terutamanya kanak-kanak? Mungkinkah ‘kontekstualisasi’ ini bertujuan membolehkan umat Islam yang murtad tidak berasa kekok apabila menganut agama tersebut di negara ini? Apakah niat sebenar mereka (paderi-paderi Kristian) bermati-matian mahu menggunakan kalimah Allah?

Pemimpin-pemimpin Kristian di negara ini mestilah mengelak melakukan tindakan yang boleh membawa keburukan terutamanya terhadap masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan agama di negara ini. Masyarakat negara ini seharusnya melihat isu penggunaan kalimah Allah dari sudut mengekalkan keamanan dan perpaduan semata-mata, bukan ke arah kemudaratan. Sesungguhnya kalimah Allah menjadi lambang tauhid kepada seluruh umat Islam dari nabi Allah Adam A.S sehingga Nabi akhirulzaman Muhammad S.A.W.


Saturday, 28 September 2013

Melayu Dengki Apabila Melayu Tolong Melayu



Salahkah kaum Bumiputera dibantu? Bukankah itu merupakan tanggungjawab kerajaan membantu kaum yang masih ketinggalan? Benar, bukan semua kaum bumiputera yang miskin, ramai juga yang sudah berjaya dan kaya raya, tetapi jangan lupa, masih ramai lagi yang perlu dibantu.

Segelintir teman ku bukan Melayu mempersoalkan dan mengungkit-ungkit bahawa cukai juga dibayar oleh mereka, maka GLC bukanlah hak bumiputera tetapi hak kaum lain juga. Nasihat aku kepadanya, usahlah mengungkit-ungkit atau berkira, kalau awak terlalu berkira dan mengungkit-ungkit, kaum bumiputera juga boleh mengungkit tentang batasan hak anda. Kalau nak diungkit-ungkit lagi, sejauh manakah kaum bumiputera benar-benar dilayan dengan baik apabila berkerja di syarikat-syarikit milik asal kaum pendatang? Apakah gaji dan peluang kenaikan pangkat dilayan secara adil ke atas kaum bumiputera berbanding kaum anda?

Bagaimana pula dengan fakta bahawa betapa ramainya kaum asal pendatang seperti anda menduduki ranking terkaya di Malaysia? Apakah mereka menjadi kaya tanpa bantuan kerajaan dan kaum bumiputera? Anda tidak boleh manafikan fakta bahawa kerajaan yang berteraskan kaum bumiutera inilah yang membantu kaum anda menjadi bilionair.

Hujah-hujah anda yang mengatakan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera tidak konsisten dengan Model Baru Ekonomi (MBE) langsung tidak boleh dipakai. Objektif MBE adalah menjadikan ekonomi Malaysia mampan, keterangkuman dan rakyatnya berpendapatan tinggi. Bagaimana MBE boleh tercapai jika kaum bumiputera yang mewakili 60% populasi rakyat Malaysia secara puratanya berpendapatan rendah? Jadi apa masalahnya dengan tindakan kerajaan membantu kaum bumiputera? Tindakan kerajaan adalah berpaksikan keperluan, keadilan, dan kesaksamaa. 

Bagi segelintir kaum bumiputera pula, dahulunya mereka “terpilih” dibantu oleh kerajaan sehingga ada di antara mereka bergelar CEO, malahan ada yang menjadi jutawan dan hartawan. Sepatutnya sudah sampai masanya mereka menyumbang kembali kepada golongan miskin yang rata-rata adalah anak-anak bangsa mereka sendiri sebagaimana mereka telah dibantu oleh kerajaan sebelum ini.

Malangnya, mereka ini sudah tidak nampak daratan, bahkan berasa malu melihat kaumnya dibantu. Mungkin mereka sudah enak berada di puncak kejayaan dan sudah terlalu lama berada di seberang laut, maka membuatkan mereka terlupa di manakah asal usul mereka. Bergaul pula dengan segelintir puak resis dari kalangan kaum asal pendatang yang menjadi “rakan busines” yang tidak berpuas hati dengan agenda memperkasakan ekonomi bumiputera, maka usaha-usaha kerajaan ini menjadi kebimbangan pula kepada mereka. Melayu jenis ini berasa dengki apabila Melayu Tolong Melayu.



Segelintir Melayu lupa asal usul


PPM mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji dan berkeperibadian yang tinggi. Namun perlaksanaannya mendapat tentangan daripada Dong Zong dan sehingga kini masih mempertikaikan usaha murni tersebut dengan dakwaan kononnya akan mengancam kewujudan sekolah aliran Cina serta menghapuskan bahasa Mandrin. 

Ahli-ahli politik resis di dalam Dong Zong seringkali menentang dan mempolitikkan apa sahaja cadangan memperkasakan Bahasa Kebangsaan demi meraih simpati politik di kalangan masyarakat Cina di negara ini. 


Rakyat tidak harus terpengaruh dengan tanggapan puak-puak resis ini dengan mendakwa PPPM bakal memberi kesan kepada bahasa lain.


Memertabatkan Bahasa Melayu itu amat wajar kerana ianya merupakan bahasa ibunda yang wajib diketahui dan ditutur secara lancar oleh setiap warganegara Malaysia di Tanah Melayu ini. 


Bangsa Melayu di negara ini sepatutnya bersatu dan bukannya berganding bahu bersama-sama Dong Zong meruntuhkan identiti mereka sendiri. 


Bangsa Cina tidak kira apa sahaja faham politik dan agama yang mereka anuti, bersatu memperjuangkan identiti kecinaan mereka. Tetapi segelintir Melayu ini??????



Friday, 20 September 2013

Malaya Butcher



Malaya Butcher sudah mati dengan meninggalkan memori pahit terutamanya terhadap mejoriti rakyat di negara ini yang hidup sezaman dengannya. Namun terdapat juga segelintir puak Melayu di negara ini sudah mati akal dan fikiran mereka. 

Ramai juga generasi Y keturunan Melayu telah menangisi kematian pengkhianat bangsa ini terutamanya luahan hati mereka di dalam media-media sosial. Ada juga yang mahu supaya mayat atau abu ‘Penyembelih No Wahid’ ini dibawa pulang dan diberi penghormatan. 

Ada juga segelintir dari mereka berkata: "Chin Peng sudah wafat! Mayatnya mesti dibawa dan dikebumikan di tanah air ini dengan penuh penghormatan". Seorang anak muda lagi telah ‘bertwit’: “Mayat Chin Peng akan dibawa pulang? Kami anak muda sedia sahut dan uruskan jenazah pejuang itu!" 

Tidak pasti apakah budak itu sedar apa yang dia telah ‘twit’? Atau hanya mahukan perhatian murahan? Budak ini bukannya bodoh, sebab bekas penuntut UiTM. Sedarkah dia berapa ramai orang-orang Melayu yang hidup menderita di kampung-kampung diseksa dan dibunuh dengan begitu tragis dan burtal angkara manusia yang bernama Chin Peng dari zaman darurat sehinggalah penghujung tahun 80 an?

Sungguh malang negara ini, kerana telah mewarisi generasi Y yang menjadi ‘Pak Turut’ daripada masej dan propaganda yang ditiup oleh bangsa lain disebabkan kebencian yang melampau terhadap bangsa yang bernama Melayu. 

Apakah itu juga pendirian ibu bapa yang melahirkan manusia Melayu ini ke dunia? . Seluruh lautan di dunia inipun tidak mampu mencuci tangan yang penuh dengan kezaliman terhadap ‘ahli keluargaku’ di zaman yang telah berlalu itu.  

Selayaknya abu mayat Chin Peng ini dicurah ke loji kumbahan najis sahaja. Itulah selayaknya.


Thursday, 19 September 2013

Contoh Terbaik ‘Melayu Lupa Diri’



http://www.themalaysianisider.com/malaysia/article/najib-bumi-agenda-is-unconstitutional-says-law-professor seorang kolumnis akhbar The Star yang juga seorang pensyarah undang-undang di Universiti Malaya bernama Dr. Azmi Shahrom dengan lantang menyuarakan pendiriannya mengatakan bahawa agenda ekonomi bumiputera yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan sekarang tidak mengikut perlembagaan atau kata orang putih unconstitutional

Beliau mempunya pengikut yang besar dikalangan bukan Melayu dan belia-belia Melayu Liberal, khususnya pelajar undang-undang. Antara komen yang pernah diutarakannya ialah mengenai kebebasan beragama.

Selama ini, sudahlah kaum-kaum bumiputera terutamanya orang-orang Melayu ditekan oleh kaum-kaum pendatang di tanah airnya sendiri terutamanya di dalam sektor swasta, selain dikatakan tidak competent, tidak cekap kurang cerdik, malas, dan bla,bla. 

Ironinya seorang Melayu yang tidak sedar dirinya juga seorang Melayu sanggup mengkhianati bangsanya sendiri.

Mungkin nasib bumiputera terutamanya Melayu di negara ini sudah tidak lama lagi. Jika Melayu mati di negara sendiri, barulah orang-orang seperti beliau akan berasa puas hati.

Beliau bercakap bukan atas dasar sebagai orang miskin, sudah tentu dengan jawatan yang dipegang di UM, beliau dikategori sebagai Melayu Kelas Menengah Atas. 

Pasti tiada masalah berkaitan wang ringgit. Orang seperti beliau pastinya tidak mahu tahu tentang kehidupan bangsanya yang hidup di ceruk-ceruk kampung mahupun di bandar yang masih memerlukan bantuan. 

Apakah menjadi satu kesalah jika kerajaan ingin membantu penduduk peribumi? Beliau merupakan salah seorang contoh terbaik ‘Melayu Lupa Diri’

Wednesday, 4 September 2013

Jalur Gemilang





Mana satu yang dikatakan bendera 'Sang Saka Malaya" yang di atas atau di bawah????

Landskap politik bermula dari PRU-12 hingga PRU-13 berlarutan hingga kini dan digunakan oleh pihak tertentu untuk menghakis nilai-nilai yang telah diterima oleh semua kaum dalam kontrak sosial. Ini menimbulkan persoalan adakah nilai patriotsme sesetengah warganegara telah terhakis? Adakah ini sengaja dijadikan agenda untuk meraih keuntungan politik dengan mengorbankan nilai-nilai patriotsme?

Di sebalik kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-56 lalu, kita tidak boleh menafikan realiti untuk mewujudkan satu penjajahan baru dalam kalangan warganegara. Banyak peristiwa yang berlaku sejak pasca PRU-12 lagi membuktikan ada gerakan tersusun oleh pihak-pihak tertentu untuk memesongkan pemikiran daripada makna patriotisme yang sebenar terutama di kalangan generasi Y.

Pada masa rakyat Malaysia berbangga mengibarkan Jalur Gemilang pada malam ambang kemerdekaan, malangnya terdapat segelintir manusia yang ‘lebih bijak’ mahu menukarkan Jalur Gembilang kepada sebidang ‘perca’ kain berwarna merah dan putih serta dihiasi 12 bintang. 

Di banyak negara, sebarang perbuatan menghina bendera negara dan mencabar sejarah negara akan menerima hukuman yang keras. Baru-baru ini , seorang rakyat Malaysia Broderik Chin yang berkerja di Indonesia dijatuhi hukuman penjara gara-gara menghina dan menjadikan bendera Rupblik sebagai subjek gurauannya. Biarpun hanya sekadar kata-kata, pihak berkuasa Indonesia tidak berkompromi ke atasnya.

Mungkin mereka bernasib baik kerana tidak berada di negara lain termasuk di Indonesia yang begitu tegas dengan isu-isu seperti ini. Begitulah betapa hebatnya ‘kebebasan dan toleransi’ di negara ini.

Bendera kerajaan Melayu Majapahit, ada kemungkinan bendera ini menjadi inspirasi kepada terciptanya Jalur Gembilang yang amat kita banggakan.






SELAMAT HARI KEBANGSAAN: Malaysia Adalah Yang Terbaik


Pada Ferbuari 2013 lalu, satu demonstrasi paling besar di Singapura diketuai oleh Gilbert Goh diadakan kerana tidak berpuas hati dengan pemerintah. 

Protes tersebut disebabkan ketidakpuasan hati mejoriti rakyat Singapura, dimana 40% populasi Singapura sekarang adalah terdiri daripada rakyat asing. 


Selama ini Lee Kuan Yew dan kroni beliau di dalam pentadbiran Singapura sering memperlekeh-lekeh keadaan di Malaysia. 


Beliau sering mendabik dada dimana Singapura sering ke hadapan dari segi kemajuan berbanding Malaysia.

Tidak dapat dinafikan Singapura antara negara berkapita tertinggi di dunia namun rakyatnya juga antara yang paling merana di dunia. 

Kos untuk membeli sebuah Toyota Corolla Altis berharga $120,000.00 di Singapura berbanding dengan Malaysia pada kadar $34,000.00. 


Kos ini belum lagi meliputi kadar cukai 100% dan juga sijil CEO yang berharga $70,000.00 yang perlu dibayar pada setiap tahun. 


Kadar pinjaman bank di negara itu juga tidak boleh melebihi 5 tahun dan bayaran pendahuluan mesti tidak kurang 40% daripada harga kereta. 


Sebab itu pekerja tukang sapu sampah di Malaysia berupaya memiliki kereta sendiri (bukan menghina tetapi untuk perbandingan sahaja). 


Di Malaysia juga, sesebuah keluarga yang memiliki 2 hingga 3 buah kereta merupakan perkara yang lumrah.

Harga segelen minyak di di Malaysia hanya RM7.29 (naik 20 sen seliter) berbanding di negara itu RM23.78. 

Apakah ini disebabkan persepsi bahawa rakyat Singapura tidak memerlukan kereta memandangkan sistem pengangkutan awam mereka adalah antara terbaik di rantau ini? 


95% rakyat Singapura ketika diwawancara oleh CNBC mendakwa, apa yang sebenarnya berlaku ialah sistem pengangkutan awam mereka tidak mengikut waktu yang ditetapkan, sukar mendapatkan perkhidmatan teksi, serta tambang pengankutan awam yang terlalu mahal.

Paul Arrosmith, Ketua Bahagian Perbankan Runcit dan Pengurusan Harta, HSBC Singapura mengatakan, negara itu berada pada kedudukan ketiga paling susah di dunia untuk bersara dengan penuh aman dan selesa. 

Wang simpanan rakyatnya akan habis dalam masa amat singkat selepas mereka bersara disebabkan kos hidup yang amat tinggi.

Kos perubatan yang terlalu tinggi juga menyebabkan ramai pesara tidak mendapat khidmat kesihatan mereka sekiranya tidak mempunyai wang berlebihan. 

Urban Redevelopment Authority sendiri melaporkan pemilikan sendiri rumah persendirian di Singapura paling tinggi dan mahal di dunia.


Apakah maknanya persepsi sesebuah negara itu dikategorikan sebagai maju dan mewah tetapi mejoriti rakyatnya hidup menderita dan sengsara? 

Baru-baru ini aku terbaca sebuah artikal di dalam Singapore Yahoo News. Artikal itu melaporkan masyarakat negara itu jarang berkawan dengan kaum-kaum lain dari kalangan bangsa mereka sendiri. 

Artikal tersebut juga menyebut kaum menoriti terutamanya Melayu menerima layanan dan diskriminasi yang teruk di tempat kerja. 


Jika difikir-fikir, serupa juga dengan majikan keturunan Cina di Malaysia….. 2 X 5 sahaja walaupun mereka belum mencapai hajat memerintah negara tercinta ini. 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-56.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...