Saturday, 28 September 2013

Segelintir Melayu lupa asal usul


PPM mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji dan berkeperibadian yang tinggi. Namun perlaksanaannya mendapat tentangan daripada Dong Zong dan sehingga kini masih mempertikaikan usaha murni tersebut dengan dakwaan kononnya akan mengancam kewujudan sekolah aliran Cina serta menghapuskan bahasa Mandrin. 

Ahli-ahli politik resis di dalam Dong Zong seringkali menentang dan mempolitikkan apa sahaja cadangan memperkasakan Bahasa Kebangsaan demi meraih simpati politik di kalangan masyarakat Cina di negara ini. 


Rakyat tidak harus terpengaruh dengan tanggapan puak-puak resis ini dengan mendakwa PPPM bakal memberi kesan kepada bahasa lain.


Memertabatkan Bahasa Melayu itu amat wajar kerana ianya merupakan bahasa ibunda yang wajib diketahui dan ditutur secara lancar oleh setiap warganegara Malaysia di Tanah Melayu ini. 


Bangsa Melayu di negara ini sepatutnya bersatu dan bukannya berganding bahu bersama-sama Dong Zong meruntuhkan identiti mereka sendiri. 


Bangsa Cina tidak kira apa sahaja faham politik dan agama yang mereka anuti, bersatu memperjuangkan identiti kecinaan mereka. Tetapi segelintir Melayu ini??????



Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...