Saturday, 28 September 2013

Melayu Dengki Apabila Melayu Tolong Melayu



Salahkah kaum Bumiputera dibantu? Bukankah itu merupakan tanggungjawab kerajaan membantu kaum yang masih ketinggalan? Benar, bukan semua kaum bumiputera yang miskin, ramai juga yang sudah berjaya dan kaya raya, tetapi jangan lupa, masih ramai lagi yang perlu dibantu.

Segelintir teman ku bukan Melayu mempersoalkan dan mengungkit-ungkit bahawa cukai juga dibayar oleh mereka, maka GLC bukanlah hak bumiputera tetapi hak kaum lain juga. Nasihat aku kepadanya, usahlah mengungkit-ungkit atau berkira, kalau awak terlalu berkira dan mengungkit-ungkit, kaum bumiputera juga boleh mengungkit tentang batasan hak anda. Kalau nak diungkit-ungkit lagi, sejauh manakah kaum bumiputera benar-benar dilayan dengan baik apabila berkerja di syarikat-syarikit milik asal kaum pendatang? Apakah gaji dan peluang kenaikan pangkat dilayan secara adil ke atas kaum bumiputera berbanding kaum anda?

Bagaimana pula dengan fakta bahawa betapa ramainya kaum asal pendatang seperti anda menduduki ranking terkaya di Malaysia? Apakah mereka menjadi kaya tanpa bantuan kerajaan dan kaum bumiputera? Anda tidak boleh manafikan fakta bahawa kerajaan yang berteraskan kaum bumiutera inilah yang membantu kaum anda menjadi bilionair.

Hujah-hujah anda yang mengatakan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera tidak konsisten dengan Model Baru Ekonomi (MBE) langsung tidak boleh dipakai. Objektif MBE adalah menjadikan ekonomi Malaysia mampan, keterangkuman dan rakyatnya berpendapatan tinggi. Bagaimana MBE boleh tercapai jika kaum bumiputera yang mewakili 60% populasi rakyat Malaysia secara puratanya berpendapatan rendah? Jadi apa masalahnya dengan tindakan kerajaan membantu kaum bumiputera? Tindakan kerajaan adalah berpaksikan keperluan, keadilan, dan kesaksamaa. 

Bagi segelintir kaum bumiputera pula, dahulunya mereka “terpilih” dibantu oleh kerajaan sehingga ada di antara mereka bergelar CEO, malahan ada yang menjadi jutawan dan hartawan. Sepatutnya sudah sampai masanya mereka menyumbang kembali kepada golongan miskin yang rata-rata adalah anak-anak bangsa mereka sendiri sebagaimana mereka telah dibantu oleh kerajaan sebelum ini.

Malangnya, mereka ini sudah tidak nampak daratan, bahkan berasa malu melihat kaumnya dibantu. Mungkin mereka sudah enak berada di puncak kejayaan dan sudah terlalu lama berada di seberang laut, maka membuatkan mereka terlupa di manakah asal usul mereka. Bergaul pula dengan segelintir puak resis dari kalangan kaum asal pendatang yang menjadi “rakan busines” yang tidak berpuas hati dengan agenda memperkasakan ekonomi bumiputera, maka usaha-usaha kerajaan ini menjadi kebimbangan pula kepada mereka. Melayu jenis ini berasa dengki apabila Melayu Tolong Melayu.



Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...