![]() |
| Mana satu yang dikatakan bendera 'Sang Saka Malaya" yang di atas atau di bawah???? |
Landskap
politik bermula dari PRU-12 hingga PRU-13 berlarutan hingga kini dan digunakan
oleh pihak tertentu untuk menghakis nilai-nilai yang telah diterima oleh semua
kaum dalam kontrak sosial. Ini menimbulkan persoalan adakah nilai patriotsme
sesetengah warganegara telah terhakis? Adakah ini sengaja dijadikan agenda
untuk meraih keuntungan politik dengan mengorbankan nilai-nilai patriotsme?
Di
sebalik kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-56 lalu, kita tidak boleh
menafikan realiti untuk mewujudkan satu penjajahan baru dalam kalangan
warganegara. Banyak peristiwa yang berlaku sejak pasca PRU-12 lagi membuktikan
ada gerakan tersusun oleh pihak-pihak tertentu untuk memesongkan pemikiran
daripada makna patriotisme yang sebenar terutama di kalangan generasi Y.
Pada
masa rakyat Malaysia berbangga mengibarkan Jalur Gemilang pada malam ambang
kemerdekaan, malangnya terdapat segelintir manusia yang ‘lebih bijak’ mahu
menukarkan Jalur Gembilang kepada sebidang ‘perca’ kain berwarna merah dan
putih serta dihiasi 12 bintang.
Di
banyak negara, sebarang perbuatan menghina bendera negara dan mencabar sejarah
negara akan menerima hukuman yang keras. Baru-baru ini , seorang rakyat
Malaysia Broderik Chin yang berkerja di Indonesia dijatuhi hukuman penjara
gara-gara menghina dan menjadikan bendera Rupblik sebagai subjek gurauannya.
Biarpun hanya sekadar kata-kata, pihak berkuasa Indonesia tidak berkompromi ke
atasnya.
Mungkin
mereka bernasib baik kerana tidak berada di negara lain termasuk di Indonesia
yang begitu tegas dengan isu-isu seperti ini. Begitulah betapa hebatnya ‘kebebasan dan toleransi’
di negara ini.
![]() |
| Bendera kerajaan Melayu Majapahit, ada kemungkinan bendera ini menjadi inspirasi kepada terciptanya Jalur Gembilang yang amat kita banggakan. |


.jpg)