Thursday, 19 September 2013

Contoh Terbaik ‘Melayu Lupa Diri’



http://www.themalaysianisider.com/malaysia/article/najib-bumi-agenda-is-unconstitutional-says-law-professor seorang kolumnis akhbar The Star yang juga seorang pensyarah undang-undang di Universiti Malaya bernama Dr. Azmi Shahrom dengan lantang menyuarakan pendiriannya mengatakan bahawa agenda ekonomi bumiputera yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan sekarang tidak mengikut perlembagaan atau kata orang putih unconstitutional

Beliau mempunya pengikut yang besar dikalangan bukan Melayu dan belia-belia Melayu Liberal, khususnya pelajar undang-undang. Antara komen yang pernah diutarakannya ialah mengenai kebebasan beragama.

Selama ini, sudahlah kaum-kaum bumiputera terutamanya orang-orang Melayu ditekan oleh kaum-kaum pendatang di tanah airnya sendiri terutamanya di dalam sektor swasta, selain dikatakan tidak competent, tidak cekap kurang cerdik, malas, dan bla,bla. 

Ironinya seorang Melayu yang tidak sedar dirinya juga seorang Melayu sanggup mengkhianati bangsanya sendiri.

Mungkin nasib bumiputera terutamanya Melayu di negara ini sudah tidak lama lagi. Jika Melayu mati di negara sendiri, barulah orang-orang seperti beliau akan berasa puas hati.

Beliau bercakap bukan atas dasar sebagai orang miskin, sudah tentu dengan jawatan yang dipegang di UM, beliau dikategori sebagai Melayu Kelas Menengah Atas. 

Pasti tiada masalah berkaitan wang ringgit. Orang seperti beliau pastinya tidak mahu tahu tentang kehidupan bangsanya yang hidup di ceruk-ceruk kampung mahupun di bandar yang masih memerlukan bantuan. 

Apakah menjadi satu kesalah jika kerajaan ingin membantu penduduk peribumi? Beliau merupakan salah seorang contoh terbaik ‘Melayu Lupa Diri’

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...