Thursday, 25 September 2014

KENAIKAN HARGA RUMAH : Siri 2


Dakwaan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bahawa harga rumah akan naik antara 3% hingga 4% berikutan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 adalah berniat jahat dan mahu mengaut keuntungan dalam masa yang singkat semata-mata. 

Kenyataan tersebut jelas sekali memberikan persepsi buruk kepada rakyat berhubung perlaksanaan GST sedangkan sistem percukaian itu memberi keadilan kepada semua pihak malah lebih menjimatkan.

Berikutan itu, kerajaan perlu bertindak tegas terhadap REDHA dan semua pemaju perumahan yang sengaja menaikkan harga rumah dengan menggunakan alas an GST.

REHDA dan pemaju-pemaju hartanah tidak ada seorang pun yang bankrap malahan mereka semakin menjadi kaya-raya berikutan harga rumah akan dinaikkan saban tahun.

Oleh itu, kerajaan mesti betul-betul melakukan polisi adil kepada pemaju-pemaju yang cuba mengaut keuntungan dengan cara memanipulasi harga supaya tidak menggagalkan janji kerajaan untuk membina 1 juta rumah mampu milik kepada rakyat.

Sebenar-benarnya harga rumah adalah bergantung kepada faktor kedudukan dan nilai tanah dan bukannya disebabkan komponen bahan binaan kerana harga barangan tersebut akan berlaku penjimatan ekoran perlaksanaan 6% cukai melalui GST berbanding 10% sebelum GST.

Jika pemaju mengatakan faktor harga tanah yang melambung tinggi mempengaruhi kenaikan harga rumah saban tahun, maka kerajaan sepatutnya tidak menjual tanah kepada pemaju supaya harga rumah dapat dikawal sekali gus kerajaan boleh membina lebih banyak rumah mampu milik. 

Itupun jika kerajaan negeri betul-betul ikhlas untuk membantu rakyat jelata tidak kira kerjaan dari BN mahupun dari Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...