Friday, 12 September 2014

'Datang Bulan' di Musim Peperiksaan



Nasib seorang cikgu yang mengajo kat sekolah:

Tetapi yang ini tak termasuk cikgu yang menjadi pegawai sangkut di LPM.

Pegawai sangkut ni termasuk bos-bosnya sekali sesungguhnya asyek menghabiskan beras je. 

Pandai bergaya sakan je dengan kot bersulam LPM ke sana dan sini, seolah-olah cikgu yang menjaga peperiksaan low class.

Apa yang berlaku???

Sebelum peperiksaan, cikgu kena menandatangani perjanjian ‘sulit’ yang membolehkan cikgu pengawas peperiksaan boleh dikenakan perintah di bawah akta OSA.

Bak kata, bila dah tanda tangan perjanjian tersebut untuk menjadi pengawas peperiksaan, sebelah kaki dah berada di dalam penjara. 

Pengoranan cikgu pengawas amat besar. Komitmen bersama anak-anak dah terabai pada masa ni, dari pagi hingga membawa ke lewat petang.

Semasa peperiksaan, bangun pagi mengiringi ketua pengawas ke bilik kebal ambik soalan.

Semasa di bilik kebal, ada dikalangan cikgu yang dilantik sebagai ‘penyelia’ peperiksaan kawasan sedang ‘bergaya’ di bilik kebal persis penjaga penjara.

Ada yang lupa, dirinyanya pun cikgu jugak, tapi amat  ‘lupa diri’ dengan baju kot dan tali leher walaupun bilik kebal terasa amat panas.

Bak seorang bos, mengarah itu dan ini, tandatangan di situ dan tandatangan di sini, kononnya untuk mengelakkan soalan bocor.

Di dewan pepriksaan pulak, dua lapisan bungkusan keselamatan pada kertas soalan perlu dibuka oleh ketua pengawas.

Disaksikan pengawas yang lain di hadapan sekurang-kurangnya 15 calon yang berada dalam dewan peperiksaan, sekali lagi tanda tangan perlu diturunkan pada setiap sampul kertas soalan. 

Pemantau peperiksaan dari masa ke masa akan datang memantau, kalau-kalau ada ‘kecurangan’.

Atau sengaja mencari salah cikgu pengawas yang duduk sekejap sebab penat berdiri.

Tetapi hakikatnya: 

Pembuat soalan adalah cikgu tapi yang taip soalan untuk hantar printing bukan cikgu. 

Yang baca proof bukan cikgu , yang cetak soalan diprinting juga bukan cikgu, yang bungkus soalan juga bukan cikgu.

Cikgu hanya menerima semula soalan yang siap dibungkus semasa proses penyimpanan dibilik kebal.

Hakikatnya,soalan telah bocor dari awal lagi, sebab sebilangan cikgu yang dilantik sebagai pegawai di LPM lebih banyak ‘bergaya’ dari memantau proses printing dan pembungkusan??? 

Tak kan tak perasan langsung apa yang berlaku semasa soalan sedang di cetak dan dibungkus????

Mungkin ramai yang asyek ‘mengeteh dan mengopi’ di kedai mamak 25 jam daripada buat kerja kot!

Apa-apa pun:
Sekarang semua cikgu yang sebenar-benarnya mengajar di sekolah siang dan malam sedang di"kambing hitam"kan untuk menutup kesalahan kecuaian yang dilakukan oleh pegawai-pegawai di LPM sendiri. 

Di sarankan:
Letak jawat je le semua sekali termasuk bosnya jugak, sebab merugikan masa dan wang rakyat dan mencemar nama baik KPM dan kerajaan.

Rombak semua sekali LPM.
Bukan sekali bocor, tapi dah berkali-kali bocor dah! seolah-olah mereka sedang 'datang bulan' bila musim peperiksaan awam.

Kesian cikgu sekolah!!!!



No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...