Wednesday, 17 September 2014

Resional Hadkan atau Hapuskan SJK

Data 2011: Pelajar yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan berbanding pelajar yang bersekolah di sekolah vernacular: 

Peringkat Sekolah Rendah
  • 74% - Sekolah Kebangsaan
  • 21% - SJK Cina
  • 3%   - SJK Tamil
  • 2%   - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Pendidikan Khas
Peringkat Sekolah Menengah
  • 88%  - SMK
  • 12%  -  Lain-lain
Berdasarkan data di atas, adakah intergrasi kaum semakin baik atau polarisasi kaum semakin menjarak di kalangan generasi X dan Y di negara ini setelah 57 tahun negara mengamalkan 2 aliran di dalam sistem pendidikannya?

Jawapannya, lihatlah apa yang berlaku sekarang!

Walaupun  di lihat berlakunya conversion yang menyakinkan di peringkat sekolah menengah, namun detik awal pembenihan pemikiran kebangsaan telah berjalan dengan ‘pesat’ di peringkat sekolah rendah.

Tempoh kritikal 6 tahun di sekolah rendah itulah sebenarnya waktu paling ‘subur’ untuk membina jati diri dan tasawwur berkaitan nilai-nilai nasionalisme dan kenegaraan.

Belum lagi dicampur dengan percambahan ‘subur’ sekolah-sekolah swasta yang akan membawa sub-budaya yang berbeza di dalam sistem pendidikan negara.

Sekolah vernacular terutamanya SJK Cina dan SJK Tamil tidak wajar ditambah hanya di atas faktor demografi dan pembangunan di satu-satu tempat.

Sudah tiba masanya setiap pembangunan petempatan baru dan pengembangan perumahan di kawasan sub-urban atau urban, ianya perlu dipakejkan dengan pembenaan Sekolah Kebangsaan.

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah selari dengan Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk membina sistem pendidikan yang selari dengan tuntutan nasionalisme dan kenegaraan.

Desakan yang hanya semata-mata berasaskan fahaman politik sempit dan emosional tidak membawa apa-apa makna untuk melahirkan rakyat yang bersatu padu.

Sepatutnya apabila membicarakan persoalan, sama ada sistem pendidikan 2 aliran yang diamalkan sekarang kepada satu sistem pendidikan aliran tunggal, ia seharusnya tiada quid pro quo demi kepentingan perpaduan masa depan generasi negara.

Isu perpaduan bukan boleh diselesaikan dalam masa sehari, namun pendidikan yang ‘sama acuan’ merupakan jalan penyelesaian terbaik.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...