Mana Ada Nelayan Pendapatan RM500 Sebulan!
Ada yang mendakwa kononnya nelayan di Malaysia
hanya berpendapatan RM500 sebulan.
Pastinya tidak logik nelayan berpendapatan purata RM500 sebulan
kerana Elaun Sara Hidup (ESH) yang diterima sahaja sudah sebanyak RM300
sebulan, maka tidak wajarlah pendapatan hasil laut nelayan hanya RM200
sebulan.
Kajian Analisa Kos dan Pulangan
yang dilakukan oleh Jabatan Perikanan mendapati golonga nelayan dalam negara
berpendapatan purata antara RM1,200 hingga RM2,000 sebulan.
Subsidi minyak diesel dan
petrol untuk membantu nelayan mengurangkan kos operasi tangkapan ikan di laut,
insentif hasil tangkapan ikan, perumahan nelayan, pembangunan tukun tiruan,
projek Sistem Identifikasi Automatik (AIS) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Bajet 2018 telah memperuntukkan dana yang besar untuk
golongan nelayan, peladang dan penternak bagi menaikkan taraf ekonomi mereka.
Pemikiran masyarakat nelayan sekarang lebih matang yang
boleh memikirkan yang mana benar dan yang baik untuk mereka.
Kenyataan yang mengatakan nelayan Malaysia seperti 'kais pagi makan pagi dan kais petang makan petan' sudah tak wujud lagi di negara ini.
Janganlah politikkan isu nelayan di negara ini, lebih-lebih lagi PRU yang semakin hampir.
Harga ikan sekarang mecam harga emas, hanya orang kaya sahaja tiap-tiap hari menikmati hidangan kepala ikan merah masak asam pedas.

