Friday, 24 November 2017

Internet sumber utama bahan lucah remaja perempuan di Malaysia!

Menurut data Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 24% remaja perempuan terdedah kepada bahan lucah di mana 56.5% daripada mereka memperolehi bahan tersebut melalui internet.

Peningkatan penyalahgunaan internet di kalangan remaja perempuan ini amat ketara kebelakangan ini dan mungkin mempunyai hubungan yang rapat dengan kemudahan akses kepada internet untuk hampir semua remaja perempuan di Malaysia. 

Hasil kajian The National Survey Report 2015: Growing Digital Resilience Among Malaysian School Children On Staying Safe Online oleh Digi Telecommunication mendapati sebanyak 96.4% remaja perempuan negara ini mempunyai akses kepada internet dengan 39% remaja perempuan melayari internet dengan kekerapan setiap hari. 

Yang lebih membimbangkan lagi, perilaku seksual remaja masa kini bukan sahaja terhad kepada melayari internet untuk bahan-bahan pornografi. 

Menurut Laporan Penemuan Utama Kajian Penduduk Dan Keluarga Malaysia Kelima 2014 LPPKN lagi, sebanyak 21.3% daripada golongan remaja pernah bercumbu dengan pasangan mereka manakala 12.7% mengaku pernah meraba atau diraba. 

Hampir separuh daripada golongan remaja (46.5%) mempunyai pasangan kekasih dan peratusan remaja yang pernah melakukan hubungan seks adalah lebih tinggi bagi kumpulan umur 18-24 tahun berbanding kumpulan umur 13-17 tahun iaitu masing-masing 8.3% dan 2.3%, menurut data LPPKN. 

Remaja yang pernah melakukan hubungan seks dengan pasangannya tidak begitu mengambil berat akan risiko yang mungkin mereka hadapi ekoran daripada perbuatan tersebut. 

Daripada kumpulan ini, hanya 1 daripada 3 remaja (35.1%) pernah menggunakan kaedah kontraseptif sewaktu melakukan hubungan seks. 

Ini berkait rapat dengan tahap pengetahuan golongan remaja yang agak rendah mengenai hubungan seksual. 

Hanya 33.7% remaja mengetahui seorang gadis boleh hamil meskipun pada hubungan seks yang pertama, 33.3% mengetahui fungsi kondom untuk menghalang jangkitan penyakit kelamin dan 17.8% faham akan risiko untuk mengandung walaupun teman lelakinya mengeluarkan air maninya di luar faraj semasa melakukan hubungan seks.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...