Friday, 24 November 2017

Bila PRU semakin dekat, ada ahli politik cari isu untuk jadi hero!

Mana Ada Nelayan Pendapatan RM500 Sebulan!

Ada yang mendakwa kononnya nelayan di Malaysia hanya berpendapatan RM500 sebulan.

Pastinya tidak logik nelayan berpendapatan purata RM500 sebulan kerana Elaun Sara Hidup (ESH) yang diterima sahaja sudah sebanyak RM300 sebulan, maka tidak wajarlah pendapatan hasil laut nelayan hanya RM200 sebulan.

Kajian Analisa Kos dan Pulangan yang dilakukan oleh Jabatan Perikanan mendapati golonga nelayan dalam negara berpendapatan purata antara RM1,200 hingga RM2,000 sebulan.

Subsidi minyak diesel dan petrol untuk membantu nelayan mengurangkan kos operasi tangkapan ikan di laut, insentif hasil tangkapan ikan, perumahan nelayan, pembangunan tukun tiruan, projek Sistem Identifikasi Automatik (AIS) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Bajet 2018 telah memperuntukkan dana yang besar untuk golongan nelayan, peladang dan penternak bagi menaikkan taraf ekonomi mereka.

Pemikiran masyarakat nelayan sekarang lebih matang yang boleh memikirkan yang mana benar dan yang baik untuk mereka.

Kenyataan yang mengatakan nelayan Malaysia seperti 'kais pagi makan pagi dan kais petang makan petan' sudah tak wujud lagi di negara ini.

Janganlah politikkan isu nelayan di negara ini, lebih-lebih lagi PRU yang semakin hampir.

Harga ikan sekarang mecam harga emas, hanya orang kaya sahaja tiap-tiap hari menikmati hidangan kepala ikan merah masak asam pedas.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...