Pemesongan ini dilakukan bagi mengubah wajah Islam
sebenar dan membenarkan perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam.
Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ adalah istilah Al-Quran dan
benar tetapi diinginkan daripadanya kebatilan.
Justeru, ia perlu dijaga daripada terus disalahguna.
Umat Islam perlu mengawal istilah-istilah seperti Rahmatan
Lil Alamin, Wasatiyyah, Adil, Benar, Haram, Halal dan lain-lain.
Kita perlu memiliki tahap kewaspadaan yang tinggi, banyak
membaca dan mengkaji, dan simposium seperti ini perlu diteruskan sebagai pencerahan
dan mengelakkan kecelaruan.
Golongan liberal mahu mengubah perkara tetap (thawabit)
dalam agama dengan membawa kekeliruan dalam konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’.
Kekeliruan dalam konsep ini telah dimulakan oleh golongan
liberal dengan membawa kefahaman dalam kerangka mereka, ertinya semua perkara
perlu diberi kebebasan atas nama Islam Rahmatan Lil Alamin.
Sedangkan ia perlu difahami dalam konteks yang betul
mengikut Al-Quran.
Islam telah menetapkan batas-batas tertentu yang perlu
dipelihara, bukan seperti yang sengaja dikelirukan oleh golongan liberal.
Adalah menjadi peranan umat Islam untuk memberi kefahaman
betul kepada masyarakat mengenai konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’.

No comments:
Post a Comment