Tuesday, 21 November 2017

Oh!!!! Malaysia My Second Home

Jumlah kemasukan pendatang dari China ke Malaysia semakin bertambah akibat ‘gelombang ketiga’ penghijrahan besar-besaran penduduk negara itu ke sini.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh South China Morning Post, Pulau Pinang menjadi pilihan utama buat mereka bermastautin di negara ini.

Gelombang kemasukan ini dimungkinkan melalui program Malaysia My Second Home (MM2H) yang membolehkan ramai rakyat China berhijrah dan menetap di Malaysia dengan membeli rumah kediaman sebagai aset.

Keadaan ini tidak terhad kepada peserta MM2H sahaja, tetapi juga termasuk pekerja asing yang masuk secara haram.

Mereka yang mencari kerja di sini biasanya bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan dan perkilangan.

Pada tahun 2016, lebih daripada 1,000 orang China telah mendaftar di dalam program MM2H.

Dalam jangka pendek, kemasukan warga China ini dapat meningkatkan pertumbuhan dan memajukan ekonomi negara.

Namun, potensi perdagangan jangka panjang mungkin berlakunya peralihan penduduk kita sendiri dari segi kedudukan ekonomi dan pembangunan negara.

Sekiranya orang Cina berbuat demikian, ia boleh menyebabkan sentimen kebencian dan ketegangan kaum.

Secara umum, mejoriti rakyat Malaysia sangat tidak selesa dengan lambakan warga asing.

Warga asing mempunyai potensi untuk menjalankan perniagaan.

Sekiranya ini berlaku, ia boleh menjejaskan hubungan antara rakyat Malaysia (tanpa mengira bangsa) dengan rakyat China.

Sebelum ini, ahli parti DAP lantang mempersoalkan status penduduk tetap Dr Zakir Naik kerana dikatakan beliau tiada kemampuan untuk berbahasa Melayu.

Namun kefasihan berbahasa Melayu tidak pernah ditimbulkan dalam isu pemberian status penduduk tetap kepada warganegara China secara pukal.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...