Tindakan
Husam Musa menjemput penceramah bukan Islam mempermainkan kalimah suci
Bismillah dan bercakap mengenai hudud kononnya bagi membetulkan akidah orang
Melayu menunjukkan calon Pas ini telah menghina seluruh umat Islam. Membenarkan
orang bukan Islam untuk bercakap tentang hukum Islam dan cuba membetulkan
akidah umat Islam menunjukkan beliau sebagai seorang pemimpin Pas yang
menggunakan agama demi kepentingan peribadi untuk ‘menawan’ Putrajaya walaupun
sanggup mengadai kesucian Islam.
Tindakan
tersebut jelas cuba merendah-rendahkan martabat umat Islam yang mendengar
ceramah itu serta mencemarkan kesucian Islam. Tindakan Husam Musa membawa
penceramah beragama Hindu bernama Raja Ratnam yang diimport dari Kelantan
kononnya untuk ‘berdakwah’ yang disertai dengan ucapan kalimah Bismillah dengan
menyebut “Ya Allah selamatkan aku dari
godaan syaitan dan pandulah aku ke jalan yang benar”. “Saya kafir tetapi saya
faham Islam lebih baik dari Melayu UMNO,” kata Ratnam di hadapan hadirin yang
mejoritinya Melayu Islam.
Seharusnya
umat Islam berasa bimbang kerana politik seperti ini mampu membawa bencana
kepada tergelincir akidah umat Islam yang mendengar ceramahnya dan seterusnya
meletakkan martabat Islam serendah-rendahnya di sisi orang bukan Islam. Jika
Husam Musa mahu berdakwah, sepatutnya penceramah beragama Hindu itu perlu
mentarbiahkan puak-puak Pas, keluarganya dan dirinya sendiri terlebih dahulu
supaya parti itu melaksanakan hudud di Kelantan.
Beliau
(Ratnam) mendabik dada yang dirinya lebih arif tentang agama Islam dan lebih
mahir ilmu Islamnya berbanding orang Islam sendiri. Tidak pernah ada mana-mana
orang kafir dari mana-mana zaman atau bila-bila masa yang akan mahir tentang agama Allah ini melebihi
orang Islam termasuklah John Esposito yang dikatakan pakar Islam dunia. Setiap
orang kafir (termasuk Ratnam) akan mentafsirkan agama Islam mengikut kepala
lutut sahaja demi kepentingan diri. Alangkah bebalnya Si Husam Musa ini kerana
beliau bersama-sama penyokong Pas Putrajaya di perbodohkan-bodohkan oleh orang
kafir yang bernama Ratnam. Pas patut Islamkan Si kafir ini terlebih dahulu, baru boleh membetulkan akidah orang-orang Islam.....Wassalam.





