Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan
mengharamkan perlakuan luar tabaii dan kecelaruan seksual dalam kalangan lelaki
atau wanita, tidak boleh dikatakan menyekat kebebasan seseorang individu di
negara ini.
Sebarang kegiatan atau perlakuan yang bertentangan dengan ajaran Islam, tidak boleh dibenarkan berlaku di negara ini miskipun atas nama hak dan kebebasan atau hak-hak asasi manusia.

Sebarang tuntutan hak dan
kebebasan individu termasuk dalam soal hubungan sejenis, ia hendaklah dilihat
dalam konteks ajaran Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Islam tidak membenarkan sama sekali hubungan songsang seumpama itu dalam kalangan individu dalam erti kata lain, kebebasan mutlak yang bercanggah dengan prinsip agama Persekutuan (Islam) tidak boleh dibenarkan oleh undang-undang untuk dilaksanakan.
Bukan sahaja agama Islam, malah peradaban manusia sejagat turut menentang sebarang perlakuan luar tabii.

Tidak dinafikan amalan luar
tabaii di negara ini semakin mendapat sokongan pihak tertentu mutakhir ini,
namun sistem perundangan negara secara prinsipnya jelas masih berpegang kepada
ajaran Islam yang menentang perlakuan tersebut.
Jadi dalam mempertimbangkan sama ada hak kebebasan individu yang sedang hebat melanda negara ini perlu diberikan tanpa sebarang batasan, ia perlu merujuk kepada prinsip agama Persekutuan iaitu Islam.

Sungguhpun Islam telah
dimartabatkan sebagai agama Persekutuan menurut Perkara 3(1), namun agama-agama
lain bebas untuk dianuti dan diamalkan oleh penganutnya.
Malah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menjamin hak kebebasan beragama kaum-kaum lain, namun hak itu tertakluk kepada peruntukan Fasal (3), (4) dan (5) Perkara 11 dan undang-undang lain yang berkuat kuasa.
Sebagai contoh ajaran sesat yang menggalakkan tingkah laku yang tidak bermoral tidak boleh dihujahkan sebagai satu hak kerana ia bercangah dengan Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan.