Thursday, 4 April 2013

Dengki Kepada Bangsa Sendiri



Terlalu mengidam ke Putrajaya, segelintir pemimpin Melayu telah menyemai kebencian terhadap kaumnya sendiri dengan ketasuban kepada akal fikiran songsang. 

Ianya bertujuan untuk menjatuhkan kuasa politik Melayu dengan memperjuangkan aneka jenis kebebasan tanpa had demi mengejar cita-cita meganya. 

Biar bangsa Melayu menjadi hamba di bumi sendiri, asalkan dirinya diangkat menjadi pemimpin.

Kononnya rakyat Malaysia tidak bebas, ditindas, tiada kebebasan bersuara, tiada kebebasan akhbar, tiada kebebasan beragama, tiada kebebasan perkahwinan sejenis, tiada kebebasan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian dan pelbagai kebebasan lagi.

Hanya satu yang menyebabkan mejoriti Melayu menyokong UMNO ialah DEB yang telah berjaya memperbaiki sedikit taraf hidup mereka. 

Namun untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu, segelintir pemimpin Melayu ini menyerang dasar-dasar DEB seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Apabil bangsa lain menuduh DEB hanya menguntungkan Melayu sahaja, demi memperolehi sokongan, tanpa rasa bersalah segelintir pemimpin Melayu telah menuding jari ke arah beberapa individu Melayu yang berjay, konon-kononnya DEB menguntungkan kroni sahaja dan tidak adil kepada bangsa lain.

Syed Mokhtar Albukhary, antara puluhan bukan Melayu yang telah menjadi bilionair. Setiap hari puak-puak ini menuduh Syed Mokhtar sebagai kroni. 

Semua bilionair dari kalangan bukan Melayu yang mendapat sokongan dari kerajaan tidak pula disebut sebagai kroni.

Tanpa pemberian lesen, sokongan dan peluang dari kerajaan, tidak mungkin orang bukan Melayu menjadi kaya dengan begitu pantas dan bertambah ramai bilangannya. 

Mengapa beberapa kerat Melayu yang berjaya menjadi sasarannya? 

Ada di kalangan orang bukan Melayu telah memenopoli perniagaan gula dan tepung selama 60 tahun tetapi tidak pernah menjadi sasaran golongan pemimpin Melayu ini, mengapa?

Tanpa usaha mengamankan negara, mencipta sistem  cukai serta dasar, membantu di dalam pelbagai projek, memberi pelbagai kebebasan dan lain-lain lagi, tidak mungkin mereka ini meraih kekayaan berbelion-belion ringgit. 

Segelintir pemimpin Melayu ini menganggap tidak mengapa, kerana mereka ini bukan orang Melayu. 

Kerana mereka dengki dan sakit hati apabila bangsa sendiri menjadi kaya.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...