Tuesday, 2 April 2013

Sudah Tiba Masanya Melayu Islam Bersatu



Iklim politik negara yang tidak menentu termasuk tindakan sesetengah pihak (termasuk segelintir Melayu) yang semakin berani menidakkan kedudukan orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan seharusnya membuka mata orang Melayu supaya bersatu dalam menentukan masa depan mereka.

Perlembagaan dianggap sebagai nadi kepada kerajaan yang memerintah. Perkara 3 Perlembagaan negara jelas menyatakan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi kini terlalu banyak perkara yang ditimbulkan oleh pihak-pihak yang mahu menidakkan perkara itu. 

Perlembagaan juga jelas menyentuh soal kedudukan Melayu, hak-hak keistimewaan dan Islam. Malangnya ia tidak dihormati dan difahami termasuk dari kalangan Ahli-ahli Parlimen sendiri.     

Orang Melayu perlu berfikir secara lebih waras terhadap bentuk kerajaan yang dimahukan bagi mengelak jaminan kedudukan Melayu dan Islam tergugat. 

Penyatuan orang Melayu perlu agar mereka tidak hanyut dalam cubaan pihak yang mahu membunuh kedudukan keistimewaan mereka termsuk Islam.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...