Wednesday, 3 April 2013

Adabul Ikhtilaf Umat Melayu

Sabda Rasulullah SAW ada menyebut, perbezaan pandangan dalam kalangan umatnya terkandung hikmah. 

Hal ini kerana Islam mengamalkan adab perbezaan atau adabul ikhtilaf iaitu satu kaedah ilmu fekah.


Namun adab-adab itu tidak pernah diamalkan di kalangan sesetengah politikus Melayu yang dikatakan ‘warak’ berkaitan ilmu agamanya. 

Malahan mereka pula yang berlebih-lebihan bersikap ‘tutup telinga” terhadap pandangan orang lain. 

Itulah dilema Melayu Islam yang sedang berlaku di negara ini.

Timbul rasa taksub terhadap diri sendiri, organisasi, serta pengikut-pengikut yang dipimpinnya. 

Tetapi mereka lupa bahawa setiap organisasi politik yang dikendalikan oleh manusia tetap ada kelemahannya.

Sikap terbuka orang Melayu untuk mendengar pandangan dan perbezaan sudah semakin luput. 

Sikap ini jauh menyimpang dengan sikap terpuji yang ditonjolkan oleh Imam Shafie dalam menerima apa jua pandangan. 

Ketika berada di dalam situasi muzakarah, beliau pernah menyebut: “Pandangan aku mungkin benar dan mungkin salah. 

Pandangan kamu pula mungkin benar dan mungkin salah. Jadi ambillah yang benar sahaja.”

Sikap ini perlu dicontohi semua pihak untuk umat Melayu terus maju ke hadapan. 

Perbalahan demi perbalahan tanpa mengambil kira adabul ikhtilaf tidak akan membawa umat Melayu Islam ke mana-mana, malah membuat Melayu semakin mundur.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...