Tuesday, 2 April 2013

Melayu Boleh Bina Tamadun Hebat Berasaskan Islam



Orang Melayu boleh mengambil alih peranan membina satu tamadun berasaskan Islam di abad ini dengan syarat mereka tidak lagi bersengketa dan berpecah-belah kerana perbezaan pandangan politik. 

Kerajaan yang dipimpin orang Melayu di negara ini haruslah teguh melaksanakan program dan usaha yang perlu bagi merealisasikan matlamat tersebut.

Selama ini orang Melayu memandang kepada bangsa Arab sebagai pemimpin Islam dunia, tetapi di abad ini dan sudah jelas kelihatan bahawa mereka tidak berupaya menjadi pemimpin umat Islam.

Walaupun tidak sempurna, umat Islam di negara ini sebenarnya telah mempelopori pembinaan satu tamadun berasaskan Islam sesuai dengan zaman ini dan selaras dengan prinsip-prinsip syariah. 

Umat Islam yang mejoritinya orang Melayu mempunyai peranan dan tanggungjawab penting membantu sesama sendiri untuk membangun dan berjaya terutama dari aspek ekonomi.

Amat penting semua institusi ekonomi, keselamatan dan politik berfungsi dengan baik supaya orang Islam Melayu dapat dibela dan dimajukan. 

Adalah amat penting diwujudkan organisasi yang berteraskan Islam sepenuhnya tanpa menciplak sistem daripada Barat yang mempunyai agenda tersendiri terhadap dunia Islam.  

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...