Kedudukan segelintir umat Melayu terutama anak-anak muda kini, sedikit terleka kerana omongan kosong Sang Serigala.
Ini menjadikan umat Melayu yang satu masa dahulu hanya berbeza ideologi dalam skala kecil, kini mula membesar.
Umat Melayu sekarang sudah terdiri daripada beberapa pecahan golongan, dulunya mereka dominan tetapi kini moniriti.
Melayu
berpecah kepada Melayu BN, Melayu PKR, Melayu Pas, Melayu DAP, Melayu Atas Pagar,
Melayu Liberal, Melayu Ulama dan sebagainya. Hakikatnya Melayu kini sudah
berubah.
Tetapi perubahan dan kemajuan yang dikecapi, ada ketikanya mereka menjadi alpa siapakah Melayu itu yang hadir serta wujud dalam sanubari sendiri.
Lebih mengecewakan, Melayu itu tidak mahu atau malu bergelar Melayu dan memperjuangkan kemelayuan yang diwarisinya.

Dahulunya
mejoriti umat Melayu berpendidikan rendah, segelintirnya mula lupa diri setelah
berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi dengan hasil usaha
kerajaan.
Mereka mula bertindak mempersoalkan apa sumbangan kerajaan terhadap dirinya.
Mereka mula bertindak mempersoalkan apa sumbangan kerajaan terhadap dirinya.
Perpecahan
Melayu juga akibat dari pemikiran simpang siur yang dibawa dari luar yang
kemudiannya cuba di bawa masuk oleh pihak tertentu termasuk sesetengah pemimpin
Melayu ke dalam persekitaran negara.
Terpukau dengan idealisme Barat, Revolusi Iran dan Arab Spring, pemikiran ini sedikit sebanyak menjadi punca Melayu itu pincang sehingga ada yang sanggup saling kafir mengafir antara satu sama lain.
Simpang siur aliran pemikiran berlaku akibat tidak faham sejarah budaya dan realiti kewujudan serta perubahan umat Melayu.

Kini
wujud watak-watak Si Tanggang yang menderhaka kepada bangsa sendiri dengan mewujudkan
nada songsang dalam aliran pemikiran serta jalur bertindak.
Kesannya ialah, Melayu itu penuh dengan jiwa gotong-royong, semangat kerjasama dan ukhuwah berteraskan Islam tetapi kini semakin menipis.
Kesannya ialah, Melayu itu penuh dengan jiwa gotong-royong, semangat kerjasama dan ukhuwah berteraskan Islam tetapi kini semakin menipis.
Anak-anak Melayu harus
serius dibimbing untuk mengkaji sejarah bangsa agar tidak hilang jati diri. Wassalam.