Wednesday, 20 November 2013

Pegang 'Telur' Mereka: Siri 2




Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sudah menjadi lumrah sehinggakan pengguna tidak mampu membuat apa-apa. 

Pengguna hanya sekadar pasrah dengan kenaikan harga barangan. Sememangnya setiap kali harga barangan dan perkhidmatan dinaikkan, maka kedengaran usaha untuk memboikot peniaga.

Tidak pasti sama ada tindakan memboikot benar-benar memberi kesan ke atas jualan peniaga dan membuatkan mereka sedar. 

Ini kerana di negara ini terutamanya yang bukannya peniaga kecil-kecilan tetapi yang menguasai pasaran, mereka inilah yang selalu menggunakan kuasa kartel untuk menindas pengguna. 

Selain menaikkan harga barangan sesuka hati, banyak lagi situasi yang mana peniaga sering kali bertindak menindas pengguna seperti menipu tanda halal dan menjual produk yang tidak lagi untuk digunakan.

Persoalannya, sebagai pengguna apakah kita mampu melawan peniaga? Kita sering mendengar kata-kata “pengguna sentiasa betul dan perlu dilayan sebagai raja” tetapi di dalam konteks negara ini, apakah ia boleh digunapakai? 

Siapa raja yang sebenarnya? Malang sekali, meskipun kita mempunyai banyak persatuan pengguna, tetapi akhirnya yang sentiasa menang adalah peniaga.

Peniaga sewenang-wenangnya memberi pelbagai alasan menindas pengguna. Alasan mudah seperti kenaikan harga minyak dan harga gula meningkat digunakan berulang kali semata-mata untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga. 

Alasan yang paling canggih ialah matawang Malaysia mengalami penurunan dan permintaan meningkat serta kenaikan matawang asing.

Pelbagai alasan boleh diberikan untuk merasionalkan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. 

Inilah sikap tamak peniaga di negara ini yang sentiasa cekik darah mengaut keuntungan berlipat ganda dan menindas pengguna yang rata-rata adalah terdiri dari bangsa Melayu. 

Kerajaan perlu melakukan sesuatu yang drastik dan tegas walau dengan apa cara sekalipun bagi memperbetulkan keadaan ini demi kebajikan pengguna dan rakyat keseluruhan bukannya hanya sentiasa memenangkan peniaga. 

Jangan asyek amaran, amaran, amaran dan amaran sehingga tak sudah, sebaliknya peganglah 'telur' taikun-taikun tamak ini dan bukan sebaliknya. 

Kalau kerajaan tak ada 'power' apa kejadahnya.

Kencing Manis VS Kencing Malam

Soalan:
  • 1kg gula = penjimatan subsidi sebanyak 34 sen.
  • 1,470,588kg gula = pejimatan sebanyak RM500k atau 1470 tan gula.
  • Rakyat perlu membeli 1470 tan gula untuk menghasilkan penjimatan sebanyak RM500k hasil daripada penghapusan subsidi gula.
  • Berapa lama tempoh untuk menghabiskan 1470 tan gula itu?
Jawapan: 
  • Aku malas nak kira dengan angka bukan tak bijak tau! Tapi jawapan dalam bentuk eseinya berbunyi, “Dahulu mungkin mengambil tempoh sekejap sahaja untuk menghabiskannya, namun selepas saranan Najib supaya mengurangkan pengambilan gula disebabkan kencing manis, maka tempoh tersebut mungkin berlipat ganda lamanya”.
Semua pemimpin muda ke tua menyeru supaya rakyat perlu berjimat cermat selaras dengan pengumuman sebarang kenaikan harga barangan atau penyelarasan subsidi. 

Pengamal media pun ikut sama ‘riuh’ memperkatakan tentang kempen ‘hangat-hangat taik ayam’ menyuruh rakyat berjimat cermat. 

“Ubah cara hidup, dan jangan membazir supaya sama-sama membantu pemerintah berdepan dengan masalah ekonomi”.

Ingat! Untuk menghasilkan tambahan dana sebanyak RM500k bagi tujuan apa sekalipun, rakyat perlu membeli sebanyak 1470 tan gula. Jika Najib tak nak rakyat kena kencing manis akibat makan gula berlebihan, janganlah membazir RM500k begitu sahaja. 

Kalau ada alternative lain yang tidak kurang prestigenya, gunakanlah kalau itu boleh menjimatkan wang rakyat sebanyak RM500k. 

Setakat penjimatan masa beberapa jam penerbangan berbanding alternative lain masih dianggap berbaloi berbanding melihat rakyat terkena kencing manis kot???

Sebenarnya aku membicarakan tentang kewajaran rombongan Rosmah ke Qatar menggunakan jet eksekutif berbanding menggunakan pesawat komersil direct yang tak kurang banyak prestigenya. 

Sebenarnya aku malas nak memanjangkan isu ini, tetapi membaca saranan Sahidan Kasim supaya rakyat turut berbangga dengan usaha Rosmah ke sana. Bukan majlis itu rakyat pertikaikan, tetapi kos ke sana yang ‘keterlaluan sangatnya melampau’ sehingga rakyat boleh mengalami penyakit ‘kencing malam’.

Tuesday, 12 November 2013

Melayu Hebat!


“Dan berpegang tegulah kalian semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai (berkelompok-kelompok)”. Surah Al-Imran:103.

Pencarian orang Melayu mengenai ketuhanan cukup hebat. Mereka mahu mencapai tahap syurga yang paling tinggi. Bagi golongan ini, mereka lebih hebat daripada orang Melayu lain. Melayu jenis ini merasakan keislaman mereka yang diamalkan selama ini adalah amat ‘kurang’. Mereka mahu mencari lebih daripada itu kerana mahu memperolehi kejayaan yang abadi.

Pendedahan bahawa 250,000 orang menyertai Syiah juga tidak memeranjatkan. Rata-rata sudah tentunya Melayu kerana mahu mencari syurga tahap paling tinggi. Mereka menganggap Nabi Muhammad SAW bukan lagi penghulu yang perlu mereka ikuti sebaliknya kepada imam-imam ciptaan mereka sendiri.

Juga tidak terkejut dengan kewujudan kumpulan Pemuda Bani Tamim, yang mengaku sebagai penyedia tapak kepada kemunculan Imam Mahadi. Begitu juga kemunculan 10 individu menggelar diri mereka sebagai Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan mendakwa pewaris YDPA yang sah cuba mengambil-alih pentadbiran Istana Negara, sungguh hebat Melayu ini. Jika orang Melayu boleh mempercayai orang seperti Ayah Pin yang membawa ajaran kerajaan dari langit, tidak hairan mereka juga boleh taksub mempercayai perkara-perkara lain, sungguh hebat bukan!

Memang benar, sesungguhnya orang Melayu sudah hebat dari segala segi. Bukan sahaja dalam berpolitik, orang Melayu taksub dan jumud, dalam mencari ketuhanan juga mereka ekstrim. Perkara yang paling asas pun mereka sanggup berpatah arang berkerat rotan seperti dalam soal penggunaan kalimah Allah oleh bangsa kafirun. Rupa-rupanya di Malaysia ini, semakin ramai yang memegang title ‘ulama’ atau ‘ustaz’, maka semakin ramai pula umat Islam Melayu yang berpecah belah, patut sebaliknya yang berlaku. Tak ke juga hebat namanya tu!

Bangsa lain semakin lega melihat perkembangan ini. Lebih mudah mereka mengambil faedah daripada kecelaruan ini. Mereka sedang ketawa besar kerana perpecahan Melayu semakin lebar.

Sudah banyak yang diperkatakan tentang ‘kehebatan Melayu’ ini, keekstreman mereka cukup hebat. Apakah mereka merasakan mereka boleh mengapai Jannatul Firdaus tahap tertinggi dan lebih tinggi lagi? Melayu boleh! Tetapi bangsa lain menambah dibelakangnya ‘boleh belah’.





Sunday, 10 November 2013

'Telur Mereka Harus Dipegang'

Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) seolah-olah dilihat terlalu kuat kerana media massa berbahasa Cina sentiasa memainkan isu dan sentimen pendidikan kaum Cina. Oleh sebab itu, Dong Zong dengan lantang menuntut hak-hak yang kerterlaluan tanpa memperdulikan sensitiviti masyarakat majmuk terutamanya bangsa Melayu.

Miskipun pelbagai sekolah vernacular wujud dengan kurikulum, falsafah negara dan pedagogi, sistem, struktur organisasi dan kewangan diberi status urus tadbir sendiri tetapi desakan sama rata dari aspek sistem persekolahan, bahasa penghantar, sukatan pelajaran, kokurikulum, kemudahan pasarana, tenaga pengajar dan jenis sekolah menjadi idea dan hakikat mendesak pemerintah.

Ketika perpaduan Melayu ‘di hujung tanduk’ angkara politik ‘bodoh’, mereka pula mendapat menafaat hasil perpecahan dan persengketaan yang tidak kunjung reda. Berbanding Melayu, bangsa ‘ambilan’ ini menyedari hanya dengan pendidikan sahaja dapat mereka meraih empayar ekonomi, kekuasaan dan pembangunan menyeluruh.

Gendang ‘perang’ tuntutan semakin rancak selepas Dong Zong berjaya mendapat kelulusan pembinaan sekolah menengah Cina swasta, Sekolah Menengah Chong Hwa di Kuantan dan terbaru mendesak supaya kerajaan meluluskan pula sekolah menengah Cina swasta cawangan Segamat.

Tambahan mereka menuntut Bahasa Mandarin menjadi bahasa penghantar dan bahasa nasional dalam masyarakat majmuk. Sedangkan masih ramai dalam kalangan masyarakatnya ‘terlalu teruk’ berbahasa kebangsaan (Melayu) malahan lebih teruk dari ‘Bangla’ yang baru seminggu menetap di negara ini. Masyarakat mereka langsung tidak memperlihatkan jati diri warganegara apabila meminggirkan terus bahasa kebangsaan pada majlis-majlis formal anjuran mereka lebih-lebih lagi anjuran syarikat-syarikat swasta dan perniagaan.

Mereka sengaja menutup mata dan telinga berkaitan sejarah asal usul bangsa bagaimana mereka diterima menjadi warganegara serta kontrak sosial di dalam perlembagaan negara. Sepatutnya kerajaan tidak perlu ‘takut’ dengan tuntutan puak-puak resis ini serta bersikap ‘selalu beralah’ yang akhirnya meminggirkan hak-hak bangsa Melayu dan bumiputera.

Terbukti mereka tidak pernah langsung menghargai apa yang mereka kecapi sekarang di atas cucuran air mata bangsa Melayu, sebaliknya mereka seumpama melepaskan anjing gila yang tersepit. Sewajarnya pemerintah yang diamanahkan oleh mejoriti rakyat memegang tampuk kekuasaan yang perlu ‘pegang telur-telur mereka’ supaya mereka akur sebagai rakyat yang diperintah tetapi bukan sebaliknya berlaku. 

Kebebasan Akhbar


Di negara ini, akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Tamil menikmati lebih banyak kebebasan berbanding akhbar-akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris. 

Akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Tamil sebebas-bebasnya mengeritik apa-apa sahaja, menidakkan kebenaran, mengelirukan fakta, menyebarkan propaganda, tidak perlu menimbang perasaan kaum dan agama bangsa lain, tidak perlu beretika dan tidak perlu menghormati perkara-perkara di dalam kontrak sosial.

Kebanyakan akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Tamil melepaskan tanggungjawab mereka terhadap tulisan-tulisan yang hanya dibaca oleh mejoriti kaum mereka sahaja. 

Akhbar-akhbar ini bersuara berani atas kepercayaan mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. 

Berbanding dengan akhbar-akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris yang bersifat nasional, yang boleh dibaca oleh semua kaum di dalam negara ini.

Sebenarnya ketidakadilan berlaku dalam kebebasan akhbar di negara ini sejak sekian lama. 

Golongan berpendidikan Inggeris dan Kebangsaan daripada masyarakat Cina dan India sendiri juga tidak ramai yang dapat membaca akhbar berbahasa Cina dan Tamil. 

Maka mereka tidak dapat membandingkan dengan akhbar berbahasa Melayu, mana yang lebih buruk, lebih perkauman dan lebih ‘jahat’.

Saturday, 9 November 2013

Apakah penghinaan ini tiada berpenghujungnya?



Semenjak PRU13 sehingga ke hari ini, politik kebencian yang dipupuk oleh sesetengah politikus telah melimpah ke dalam sistem sosial masyarakat keseluruhannya. 

Natijahnya, kebelakangan ini semakin ramai bangsa Cina dan India berani meluahkan penghinaan dan kutukan secara terang-terangan di dalam media-media sosial terhadap institusi bangsa Melayu dan agama Islam. 

Segelintir politikus Melayu berfahaman liberal pula menjadi ‘talibarut’ ikut serta menjahanamkan bangsa dan agama sendiri secara sengaja membiarkan perkara ini terus berlaku sewenang-wenangnya demi kelangsungan cita-cita politik mereka. 

Mengapa suara pemimpin-pemimpin politik berlabel Islam begitu lemah bila bangsa dan agama mereka dihina sebegitu teruk, sebaliknya bila berceramah di hadapan pengikut boleh pulak bersuara lantang sehingga berbuih-buih mulut mengatakan perkara ‘yang hak’ kononnya.

Di pihak kerajaan pula, pemantauan media-media sosial telah 100% gagal kerana hanya menunggu laporan baru mahu menyiasat, pihak polis hanya boleh bertindak jika ada laporan dibuat dan proses perundangan pula boleh dilengah-lengahkan.

Maka apa lagi pilihan yang ada bagi bangsa Melayu dan Islam negara ini untuk mempertahankan maruah bangsa dan agama mereka yang diserang dari segenap penjuru? 

Situasi ini seolah-olah di luar kawal kerana semakin hari semakin ramai pula secara bebas dan terang-terangan meluahkan perasaan kebencian mereka.

Survival bangsa Melayu dan Islam di negara ini adalah terletak di tangan bangsa mereka sendiri. Jika tiada usaha proaktif untuk menamatkan permusuhan politik sesama mereka, berkemungkinan dalam jangka waktu terdekat Melayu menjadi bangsa yang hina seperti apa yang terjadi terhadap bangsa Palestin. 

Apakah penghinaan ini tiada berpenghujungnya?

Monday, 4 November 2013

Masej Jelas


Terdapat suara-suara sumbang terutama bagi sesetengah Cina dan India resis yang sentiasa ‘bermain api’ mempersoalkan status Melayu sebagai penduduk peribumi asal negara ini. Selama ini, Melayu terlalu banyak beralah terhadap puak-puak yang asalnya merupakan pendatang haram di Tanah Melayu ini.


Daripada kemurahan hati untuk memberi hak kerakyatan ketika banyak Negara di dunia ini menolak imegran terutama berbangsa Cina, hinggalah kepada penguasaan ekonomi Negara, Cina di Malaysia lebih beruntung tetapi tidak pernah mengenang budi langsung.

Melayu di Tanah Melayu kini sebenarnya sedang dijajah oleh puak-puak keturunan pendatang ini. Tetapi yang silapnya Melayu terlalu ‘bersopan santun’ dan ‘penyabar’ sehingga ada segelintir di kalangan Melayu sendiri sanggup menikam Melayu bagi ‘memberi laluan’ bangsa lain memijak kepala mak bapak mereka.


Tanah air ini adalah di dalam gugusan pulau-pulau Melayu (Nusantara), yang merupakan tempat asal mutlak kaum-keluarga Melayu dan cukuplah bangsa-bangsa resis dan kiasu dari keturunan pendatang haram ini menerima realiti yang mereka ini sebenar-benarnya dari keturunan pendatang haram.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...