Sunday, 10 November 2013

Kebebasan Akhbar


Di negara ini, akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Tamil menikmati lebih banyak kebebasan berbanding akhbar-akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris. 

Akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Tamil sebebas-bebasnya mengeritik apa-apa sahaja, menidakkan kebenaran, mengelirukan fakta, menyebarkan propaganda, tidak perlu menimbang perasaan kaum dan agama bangsa lain, tidak perlu beretika dan tidak perlu menghormati perkara-perkara di dalam kontrak sosial.

Kebanyakan akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Tamil melepaskan tanggungjawab mereka terhadap tulisan-tulisan yang hanya dibaca oleh mejoriti kaum mereka sahaja. 

Akhbar-akhbar ini bersuara berani atas kepercayaan mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. 

Berbanding dengan akhbar-akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris yang bersifat nasional, yang boleh dibaca oleh semua kaum di dalam negara ini.

Sebenarnya ketidakadilan berlaku dalam kebebasan akhbar di negara ini sejak sekian lama. 

Golongan berpendidikan Inggeris dan Kebangsaan daripada masyarakat Cina dan India sendiri juga tidak ramai yang dapat membaca akhbar berbahasa Cina dan Tamil. 

Maka mereka tidak dapat membandingkan dengan akhbar berbahasa Melayu, mana yang lebih buruk, lebih perkauman dan lebih ‘jahat’.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...