Sunday, 10 November 2013

'Telur Mereka Harus Dipegang'

Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) seolah-olah dilihat terlalu kuat kerana media massa berbahasa Cina sentiasa memainkan isu dan sentimen pendidikan kaum Cina. Oleh sebab itu, Dong Zong dengan lantang menuntut hak-hak yang kerterlaluan tanpa memperdulikan sensitiviti masyarakat majmuk terutamanya bangsa Melayu.

Miskipun pelbagai sekolah vernacular wujud dengan kurikulum, falsafah negara dan pedagogi, sistem, struktur organisasi dan kewangan diberi status urus tadbir sendiri tetapi desakan sama rata dari aspek sistem persekolahan, bahasa penghantar, sukatan pelajaran, kokurikulum, kemudahan pasarana, tenaga pengajar dan jenis sekolah menjadi idea dan hakikat mendesak pemerintah.

Ketika perpaduan Melayu ‘di hujung tanduk’ angkara politik ‘bodoh’, mereka pula mendapat menafaat hasil perpecahan dan persengketaan yang tidak kunjung reda. Berbanding Melayu, bangsa ‘ambilan’ ini menyedari hanya dengan pendidikan sahaja dapat mereka meraih empayar ekonomi, kekuasaan dan pembangunan menyeluruh.

Gendang ‘perang’ tuntutan semakin rancak selepas Dong Zong berjaya mendapat kelulusan pembinaan sekolah menengah Cina swasta, Sekolah Menengah Chong Hwa di Kuantan dan terbaru mendesak supaya kerajaan meluluskan pula sekolah menengah Cina swasta cawangan Segamat.

Tambahan mereka menuntut Bahasa Mandarin menjadi bahasa penghantar dan bahasa nasional dalam masyarakat majmuk. Sedangkan masih ramai dalam kalangan masyarakatnya ‘terlalu teruk’ berbahasa kebangsaan (Melayu) malahan lebih teruk dari ‘Bangla’ yang baru seminggu menetap di negara ini. Masyarakat mereka langsung tidak memperlihatkan jati diri warganegara apabila meminggirkan terus bahasa kebangsaan pada majlis-majlis formal anjuran mereka lebih-lebih lagi anjuran syarikat-syarikat swasta dan perniagaan.

Mereka sengaja menutup mata dan telinga berkaitan sejarah asal usul bangsa bagaimana mereka diterima menjadi warganegara serta kontrak sosial di dalam perlembagaan negara. Sepatutnya kerajaan tidak perlu ‘takut’ dengan tuntutan puak-puak resis ini serta bersikap ‘selalu beralah’ yang akhirnya meminggirkan hak-hak bangsa Melayu dan bumiputera.

Terbukti mereka tidak pernah langsung menghargai apa yang mereka kecapi sekarang di atas cucuran air mata bangsa Melayu, sebaliknya mereka seumpama melepaskan anjing gila yang tersepit. Sewajarnya pemerintah yang diamanahkan oleh mejoriti rakyat memegang tampuk kekuasaan yang perlu ‘pegang telur-telur mereka’ supaya mereka akur sebagai rakyat yang diperintah tetapi bukan sebaliknya berlaku. 

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...