Semenjak
PRU13 sehingga ke hari ini, politik kebencian yang dipupuk oleh sesetengah
politikus telah melimpah ke dalam sistem sosial masyarakat keseluruhannya.
Natijahnya,
kebelakangan ini semakin ramai bangsa Cina dan India berani meluahkan
penghinaan dan kutukan secara terang-terangan di dalam media-media sosial
terhadap institusi bangsa Melayu dan agama Islam.
Segelintir politikus Melayu berfahaman
liberal pula menjadi ‘talibarut’ ikut serta menjahanamkan bangsa dan agama
sendiri secara sengaja membiarkan perkara ini terus berlaku sewenang-wenangnya
demi kelangsungan cita-cita politik mereka.
Mengapa
suara pemimpin-pemimpin politik berlabel Islam begitu lemah bila bangsa dan
agama mereka dihina sebegitu teruk, sebaliknya bila berceramah di hadapan pengikut
boleh pulak bersuara lantang sehingga berbuih-buih mulut mengatakan perkara
‘yang hak’ kononnya.
Di
pihak kerajaan pula, pemantauan media-media sosial telah 100% gagal kerana
hanya menunggu laporan baru mahu menyiasat, pihak polis hanya boleh bertindak
jika ada laporan dibuat dan proses perundangan pula boleh dilengah-lengahkan.
Maka
apa lagi pilihan yang ada bagi bangsa Melayu dan Islam negara ini untuk mempertahankan
maruah bangsa dan agama mereka yang diserang dari segenap penjuru?
Situasi ini
seolah-olah di luar kawal kerana semakin hari semakin ramai pula secara bebas dan
terang-terangan meluahkan perasaan kebencian mereka.
Survival
bangsa Melayu dan Islam di negara ini adalah terletak di tangan bangsa mereka
sendiri. Jika tiada usaha proaktif untuk menamatkan permusuhan politik sesama mereka,
berkemungkinan dalam jangka waktu terdekat Melayu menjadi bangsa yang hina seperti
apa yang terjadi terhadap bangsa Palestin.
Apakah penghinaan ini tiada
berpenghujungnya?
.jpg)
.jpg)