Wednesday, 20 November 2013

Pegang 'Telur' Mereka: Siri 2




Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sudah menjadi lumrah sehinggakan pengguna tidak mampu membuat apa-apa. 

Pengguna hanya sekadar pasrah dengan kenaikan harga barangan. Sememangnya setiap kali harga barangan dan perkhidmatan dinaikkan, maka kedengaran usaha untuk memboikot peniaga.

Tidak pasti sama ada tindakan memboikot benar-benar memberi kesan ke atas jualan peniaga dan membuatkan mereka sedar. 

Ini kerana di negara ini terutamanya yang bukannya peniaga kecil-kecilan tetapi yang menguasai pasaran, mereka inilah yang selalu menggunakan kuasa kartel untuk menindas pengguna. 

Selain menaikkan harga barangan sesuka hati, banyak lagi situasi yang mana peniaga sering kali bertindak menindas pengguna seperti menipu tanda halal dan menjual produk yang tidak lagi untuk digunakan.

Persoalannya, sebagai pengguna apakah kita mampu melawan peniaga? Kita sering mendengar kata-kata “pengguna sentiasa betul dan perlu dilayan sebagai raja” tetapi di dalam konteks negara ini, apakah ia boleh digunapakai? 

Siapa raja yang sebenarnya? Malang sekali, meskipun kita mempunyai banyak persatuan pengguna, tetapi akhirnya yang sentiasa menang adalah peniaga.

Peniaga sewenang-wenangnya memberi pelbagai alasan menindas pengguna. Alasan mudah seperti kenaikan harga minyak dan harga gula meningkat digunakan berulang kali semata-mata untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga. 

Alasan yang paling canggih ialah matawang Malaysia mengalami penurunan dan permintaan meningkat serta kenaikan matawang asing.

Pelbagai alasan boleh diberikan untuk merasionalkan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. 

Inilah sikap tamak peniaga di negara ini yang sentiasa cekik darah mengaut keuntungan berlipat ganda dan menindas pengguna yang rata-rata adalah terdiri dari bangsa Melayu. 

Kerajaan perlu melakukan sesuatu yang drastik dan tegas walau dengan apa cara sekalipun bagi memperbetulkan keadaan ini demi kebajikan pengguna dan rakyat keseluruhan bukannya hanya sentiasa memenangkan peniaga. 

Jangan asyek amaran, amaran, amaran dan amaran sehingga tak sudah, sebaliknya peganglah 'telur' taikun-taikun tamak ini dan bukan sebaliknya. 

Kalau kerajaan tak ada 'power' apa kejadahnya.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...