Soalan:
- 1kg gula = penjimatan subsidi sebanyak 34 sen.
- 1,470,588kg gula = pejimatan sebanyak RM500k atau 1470 tan gula.
- Rakyat perlu membeli 1470 tan gula untuk menghasilkan penjimatan sebanyak RM500k hasil daripada penghapusan subsidi gula.
- Berapa lama tempoh untuk menghabiskan 1470 tan gula itu?
Jawapan:
- Aku malas nak kira dengan angka bukan tak bijak tau! Tapi jawapan dalam bentuk eseinya berbunyi, “Dahulu mungkin mengambil tempoh sekejap sahaja untuk menghabiskannya, namun selepas saranan Najib supaya mengurangkan pengambilan gula disebabkan kencing manis, maka tempoh tersebut mungkin berlipat ganda lamanya”.
Semua
pemimpin muda ke tua menyeru supaya rakyat perlu berjimat cermat selaras dengan
pengumuman sebarang kenaikan harga barangan atau penyelarasan subsidi.
Pengamal media pun ikut sama ‘riuh’ memperkatakan tentang kempen ‘hangat-hangat taik ayam’ menyuruh rakyat berjimat cermat.
“Ubah cara hidup, dan jangan membazir supaya sama-sama membantu pemerintah berdepan dengan masalah ekonomi”.

Ingat!
Untuk menghasilkan tambahan dana sebanyak RM500k bagi tujuan apa sekalipun,
rakyat perlu membeli sebanyak 1470 tan gula. Jika Najib tak nak rakyat kena
kencing manis akibat makan gula berlebihan, janganlah membazir RM500k begitu
sahaja.
Kalau ada alternative lain yang tidak kurang prestigenya, gunakanlah kalau itu boleh menjimatkan wang rakyat sebanyak RM500k.
Setakat penjimatan masa beberapa jam penerbangan berbanding alternative lain masih dianggap berbaloi berbanding melihat rakyat terkena kencing manis kot???

Sebenarnya
aku membicarakan tentang kewajaran rombongan Rosmah ke Qatar menggunakan jet
eksekutif berbanding menggunakan pesawat komersil direct yang tak kurang banyak
prestigenya.
Sebenarnya aku malas nak memanjangkan isu ini, tetapi membaca saranan Sahidan Kasim supaya rakyat turut berbangga dengan usaha Rosmah ke sana. Bukan majlis itu rakyat pertikaikan, tetapi kos ke sana yang ‘keterlaluan sangatnya melampau’ sehingga rakyat boleh mengalami penyakit ‘kencing malam’.