“Dan berpegang tegulah kalian semuanya kepada tali (agama) Allah dan
janganlah kamu bercerai berai (berkelompok-kelompok)”. Surah Al-Imran:103.
Pencarian
orang Melayu mengenai ketuhanan cukup hebat. Mereka mahu mencapai tahap syurga
yang paling tinggi. Bagi golongan ini, mereka lebih hebat daripada orang Melayu
lain. Melayu jenis ini merasakan keislaman mereka yang diamalkan selama ini
adalah amat ‘kurang’. Mereka mahu mencari lebih daripada itu kerana mahu
memperolehi kejayaan yang abadi.
Pendedahan
bahawa 250,000 orang menyertai Syiah juga tidak memeranjatkan. Rata-rata sudah
tentunya Melayu kerana mahu mencari syurga tahap paling tinggi. Mereka
menganggap Nabi Muhammad SAW bukan lagi penghulu yang perlu mereka ikuti
sebaliknya kepada imam-imam ciptaan mereka sendiri.
Juga tidak
terkejut dengan kewujudan kumpulan Pemuda Bani Tamim, yang mengaku sebagai
penyedia tapak kepada kemunculan Imam Mahadi. Begitu juga kemunculan 10
individu menggelar diri mereka sebagai Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar
Langkasuka Nusantara dan mendakwa pewaris YDPA yang sah cuba mengambil-alih pentadbiran
Istana Negara, sungguh hebat Melayu ini. Jika orang Melayu boleh mempercayai
orang seperti Ayah Pin yang membawa ajaran kerajaan dari langit, tidak hairan
mereka juga boleh taksub mempercayai perkara-perkara lain, sungguh hebat bukan!
Memang
benar, sesungguhnya orang Melayu sudah hebat dari segala segi. Bukan sahaja dalam
berpolitik, orang Melayu taksub dan jumud, dalam mencari ketuhanan juga mereka
ekstrim. Perkara yang paling asas pun mereka sanggup berpatah arang berkerat rotan seperti dalam soal penggunaan kalimah
Allah oleh bangsa kafirun. Rupa-rupanya di Malaysia ini, semakin ramai yang
memegang title ‘ulama’ atau ‘ustaz’, maka semakin ramai pula umat Islam Melayu
yang berpecah belah, patut sebaliknya yang berlaku. Tak ke juga hebat namanya
tu!
Bangsa
lain semakin lega melihat perkembangan ini. Lebih mudah mereka mengambil faedah
daripada kecelaruan ini. Mereka sedang ketawa besar kerana perpecahan Melayu semakin
lebar.
Sudah
banyak yang diperkatakan tentang ‘kehebatan Melayu’ ini, keekstreman mereka
cukup hebat. Apakah mereka merasakan mereka boleh mengapai Jannatul Firdaus
tahap tertinggi dan lebih tinggi lagi? Melayu boleh! Tetapi bangsa lain
menambah dibelakangnya ‘boleh belah’.

