Astro perlu memberi penjelasan berhubung penganugerahan
kontrak Sistem Pengurusan Pelanggannya kepada Amdocs, sebuah syarikat milik
Israel.
Amat tidak wajar jika benar Astro berurusan dengan Amdocs
kerana umat Islam dan kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman
Israel di Ghaza.
Salah seorang pengarah Amdocs, Dr. Giora Yaron merupakan
anggota Lembaga Penasihat Kementerian Pertahanan Israel, iaitu kementerian yang
bertanggungjawab secara langsung membunuh rakyat Palestin.
Jika benar, keputusan yang diambil oleh Astro adalah sangat
tidak sensitive apatah lagi sekarang umat Islam di negara ini sedang menangisi
kematian beribu-ribu nyawa rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
Astro mesti membatalkan kontrak yang dimeterai bersama
Amdocs. Rakyat Malaysia di negara ini berasa terkejut dan kesal terhadap Astro
dan kesalahan serius ini perlu diperbetulkan dengan segera.
Rakyat Malaysia hendaklah memboikot Astro sebagai protes terhadap pembunuhan rakyat Palestin oleh regim Israel.










.jpg)







