Saturday, 26 July 2014

Amdocs : Astro perlu Beri Penjelasan


Astro perlu memberi penjelasan berhubung penganugerahan kontrak Sistem Pengurusan Pelanggannya kepada Amdocs, sebuah syarikat milik Israel.

Amat tidak wajar jika benar Astro berurusan dengan Amdocs kerana umat Islam dan kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel di Ghaza.

Salah seorang pengarah Amdocs, Dr. Giora Yaron merupakan anggota Lembaga Penasihat Kementerian Pertahanan Israel, iaitu kementerian yang bertanggungjawab secara langsung membunuh rakyat Palestin.


Jika benar, keputusan yang diambil oleh Astro adalah sangat tidak sensitive apatah lagi sekarang umat Islam di negara ini sedang menangisi kematian beribu-ribu nyawa rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Astro mesti membatalkan kontrak yang dimeterai bersama Amdocs. Rakyat Malaysia di negara ini berasa terkejut dan kesal terhadap Astro dan kesalahan serius ini perlu diperbetulkan dengan segera.

Rakyat Malaysia hendaklah memboikot Astro sebagai protes terhadap pembunuhan rakyat Palestin oleh regim Israel.

Wassalam!





No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...