Apabila ISMA mengkritik penubuhan Negara-Ku sebaik ia
dilancarkan, Ambiga membuat kenyataan balas.
“The movement is based on the Federal Constitution, Malaysian Agreement and the
Rukunegara. What is his problem with that?”
Penglibatan Ambiga dan rakan-rakannya sudah bermula sejak
tahun 2000 antaranya:
- IFC (2001)
- Gerakan Artikel 11
- BERSIH 1.0 hingga BERSIH 2.0 (2007)
- Festival Seksualiti Merdeka (2008)
- COMANGO (2009)
- COMANGO (2013)
- Negara-Ku (2014).
Agenda mereka berasaskan kepada empat konsep
asas, iaitu:
- Hak kebebasan beragama iaitu kebebasan untuk keluar daripada Islam dan kebebasan untuk mengiktiraf fahaman Islam sesat seperti Syiah dan tidak tertakluk kepada kebebasan dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
- Pengiktirafan hak samarata dengan cara menghapuskan hak istimewa orang Melayu.
- Atas dasar “Freedom for All” mereka mengiktiraf hak manusiawi songsang seperti hak LGBT tetapi bukan dalam soal diskriminasi pekerjaan. Ia lebih kepada pengiktirafan kepada identiti songsang dan cara hidup mereka.
- Merubah fahaman dan struktur dalam negara serta Perlembagaan Persekutuan supaya selari dengan idea negara sivil (konsep Liberal-Demokratik acuan Barat).
Negara-Ku adalah cubaan membawa fahaman sekularisasi beragama beserta kebebasan tanpa batasan,
penafian hak bumi dan penolakan kepada struktur dan identiti negara berasaskan
tradisi dan fundamental agama.
Dalam Negara-Ku, terdapat
NGO seperti HAKAM dan MCCBHST yang setelah sekian lama memperjuangkan
pluralisme agama. Antara pengasas awal HAKAM adalah dua orang aktivis pelajar
hak asasi Australia yang sekarang ini berkecimpung di dalam PKR iaitu Tian Chua
dan Elizabert Wong.
Sebenarnya apa yang dilakukan mereka sejak dari dahulu lagi adalah konsisten,
sama tetapi hadir dengan pelbagai entiti dan organisasi yang berbeza. IFC,
BERSIH, COMANGO dan Negara-Ku adalah intiti yang sama.
Mereka
sejak dahulu lagi tidak pernah berputus asa menentang Islam dan cuba merubah
elemen kenegaraan. Kerana itu tidak pelik pada hari pelancaran NGO Negara-Ku,
Dr. Kua Kia Song (Pengerusi SUARAM) menuntut kajian semula terhadap Rukunegara
dengan sengaja mempersoalkan kerelevenan elemen “Kepercayaan kepada tuhan”
supaya mengambil kira pandangan golongan atheis dan pantheis.
Untuk mengaburi umat Islam, Negara-Ku telah menggabungkan beberapa NGO yang menggunakan label Islam seperti Islamic Renaissance Front (IRF), Lingkaran Islam Traditional
(LIT), Muslim Profersional Forum (MPF), Sisters In Islam (SIS) dan IKRAM.
Keterlibatan
gerakan-gerakan ini masih tidak mampu merubah hakikat bahawa agenda yang dibawa
oleh golongan ini bukanlah agenda yang selari dengan kedaulatan Islam di
Malaysia. Bahkan mereka bertujuan mensekularkan peranan Islam yang sudah sekian
lama tertegak sebagai agama negara supaya ia dikecilkan hanya pada ruang
peribadatan individu sahaja. Ia juga cenderung merubah ruh keluhuran perlembagaan
yang sedia ada. Sekian.
No comments:
Post a Comment