Friday, 11 July 2014

Tindakan tegas sepatutnya dikenakan!


Mahkamah Persekutuan telah menetapkan akhbar The Herald tidak boleh menggunakan kalimah Allah bagi mentafsir God lantas menafikan sebarang cubaan seumpamanya bagi penganut Kristian untuk menyamai 'Allah' dengan God bagi agama Kristian.  

Namun Presiden CFM Dr Eu Hong Seng walaubagaimanapun bertegas untuk menggunakan 'Allah'kerana dakwanya ia telah lama dipraktikkan terutama di Sabah dan Sarawak. 

Kita hairan macam mana daripada Lord, God, mereka terjemah kepada Allah dalam bahasa Melayu?.


Pihak gereja seharusnya tidak terus menerus mencari masalah dengan berkeras untuk menggunakan Kalimah Allah bagi mentafsir God bagi agama Kristian yang membawa erti lain dari maksud bagi umat Islam. 

Tindakan pihak gereja itu hanya akan mendatangkan masalah kepada masyarakat secara Umumnya.

Bagi orang Islam ia bukan sekadar kalimah, tetapi penyataan kepercayaan. Bila mereka sudah lalui proses mahkamah, hormatilah keputusan mahkamah. Tidak kisahlah apa jua keputusan mahkamah. 

Tidak perlu mencetuskan kontroversi atau provokasi dan perlu menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam hal ini.


Negara ini akan lebih aman dan harmoni jika kita hormati keluhuran Perlembagaan. Jika semuanya dikelirukan, apa kesannya?.


Perkara ini adalah penyataan kepercayaan dan jika mereka cabar, kita perlu berhati-hati supaya mereka tidak melahirkan suasana di mana menyinggung perasaan dan membangkitkan masalah di kemudiannya.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...