Friday, 11 July 2014

Patutkah Islam di negara ini melindungi hak-hak LGBT?


Sebarang tindakan lepas tangan terhadap golongan LGBT dengan tujuan kononnya tidak mahu mendiskriminasi kumpulan songsang itu membawa maksud pengiktirafan kepada golongan tersebut.

Sebaliknya, kumpulan yang mengamalkan seks songsang itu wajib diperangi dan dihukum kerana perlakuan LGBT adalah satu perkara yang dimurkai oleh Allah dan hukumannya amat berat di dunia dan akhirat.

Dr Mujahid di dalam blognya berkata, beliau tidak mengiktiraf golongan LGBT namun menolak sebarang diskriminasi ke atas mereka dengan alasan LGBT duduk di bawah gender.

Memang benar Islam tidak pernah mendiskriminasi manusia berdasarkan gender, tetapi beliau (Dr Mujahid) perlu sedar bahawa Islam tidak pernah mengiktiraf LGBT sebagai satu orientasi seksual yang diterima.
 

Dr Mujahid perlu sedar bahawa di dalam Islam, perlakuan LGBT adalah sesuatu perkara yang dimurkai Allah, dan hukumannya adalah amat berat, di dunia dan di akhirat.


Dr Mujahid perlu sedar bahawa di dalam Islam, perlakuan LGBT adalah sesuatu perkara yang dimurkai Allah, dan hukumannya adalah amat berat, di dunia dan di akhirat.

Menerima bahawa mereka yang melakukan LGBT sepatutnya dibiarkan tanpa sebarang tindakan, adalah umpama mengiktiraf kehendak seksual mereka yang menyeleweng.

Apabila telah sabit seseorang itu melakukan LGBT, maka si pelaku sepatutnya melalui proses kehakiman yang sepatutnya, bukan kerana diskriminasi, tetapi kerana melakukan perbuatan tersebut. Bukan dibiarkan sahaja pelaku, setelah melakukan perbuatan jenayah tersebut.




  • Berkemungkinan besar jika fahaman ini dibiarkan terus berkembang, pada satu masa nanti jika kita mempunyai anak perempuan kita akan memperolehi 'menantu' perempuan dan jika kita mempunyai anak lelaki kita juga akan memperolehi 'menantu' lelaki.




No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...