- Kalau tak kerana DASAR MELAYU, Shamsul Azhar Abbas tidak ada gelaran Tan Sri.
- Kalau tak kerana DASAR MELAYU, Shamsul Azhar Abbas bukanlah seorang CEO kepada sebuah syarikat GLC.
- Kalau tak kerana DASAR MELAYU, Shamsul Azhar Abbas juga tidak mungkin ada menjadi CEO Petronas.
- Dan kalau bukan kerana dia seorang Melayu, pastinya Shamsul Azhar Abbas tidak akan mudah LUPA DIRI dan lupa di mana letaknya daratan.
Hakikatnya, Shamsul Azhar Abbas sebenarnya adalah cerminan
kepada Melayu yang sentiasa mudah lupa diri
dan tidak kenang diuntung!
Apakah di dalam kepala Shamsul Azhar Abbas, dia menjadi CEO
Petronas kerana dia adalah rakyat Malaysia atau
kerana dia seorang Melayu?
GLC ditubuhkan dan diambilalih oleh Kerajaan
kerana sebahagiannya adalah dasar '30% KEK EKONOMI UNTUK ORANG
MELAYU'. Kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO Petronas itu sebenarnya tidak layak
langsung bagi seseorang yang diamanahkan oleh Kerajaan untuk menjalankan
dasar-dasar tersebut. Dia tidak profesional dan tidak terbuka
langsung kerana terlupa bahawa kedudukannya di dalam Petronas
adalah kerana kepentingan Melayu dan Bumiputera.
Bagaimana dia hendak menerangkan tentang daripada 74
syarikat vendor Melayu-Bumiputera menjadi 9 syarikat sahaja yang
terlibat dengan Petronas? Adakah kerana 65 syarikat vendor
Melayu-Bumiputera tersebut tidak layak langsung? Bagaimana
pula dengan syarikat-syarikat di bawah program pembangunan
vendor Petronas yang ditamatkan riwayat mereka oleh Shamsul dan
dasar-dasarnya apabila projek-projek tetap
tersebut diberikan kepada syarikat-syarikat bukan Melayu-Bumiputera
yang prestasi dan keupayaannya tidaklah lebih baik
daripada syarikat-syarikat berkenaan seperti contoh PEMBEKALAN
MAKANAN RINGAN di kiosk Petronas?
Shamsul Azhar Abbas bercakap tentang cita-cita PETRONAS
untuk menjadi setara dengan Shell, Exxon-Mobil
dan sebagainya, namun Shamsul Azhar Abbas
terlupa pula menyatakan bahawa PETRONAS
adalah bermodalkan awam. Shamsul Azhar Abbas
terlupa juga bahawa salah satu
daripada tanggungjawab utama GLC seperti PETRONAS
adalah membantu dasar-dasar kerajaan. Kecuali PETRONAS
menjadi swasta sepenuhnya, maka PETRONAS
tidak layak langsung untuk menjadi sebuah syarikat korporat
yang kerjanya hanyalah mengira keuntungan. Dan tanggungjawab PETRONAS
tidak hanya menjadi salah satu daripada instrumen perolehan
utama negara, tetapi
juga sebagai salah satu instrumen yang memastikan
dasar kerajaan mewujudkan penguasaan 30% Melayu-Bumiputera
dalam bidang ekonomi, tercapai.
Bagaimanapun Shamsul Azhar Abbas sebenarnya tidak boleh dipersalahkan
sepenuhnya. Kebanyakan orang Melayu mempunyai daya pemikiran
seperti Shamsul Azhar Abbas. Apabila mereka berjaya
dengan dasar kerajaan, mereka akan mengatakan
dasar tersebut tidak lebih baik dan tertutup.
Mereka mahu dasar tersebut diubah dan dibuka kerana bagi
mereka dasar sedia ada sangat buruk dan terkutuk
walaupun mereka sendiri sebenarnya terlahir
daripada sistem yang dikutuk, disindir dan dipersendakan!
Selayaknya, Najib Abdul Razak merenung seketika masalah yang bakal
dihadapi oleh Melayu-Bumiputera
dalam tempoh sedekad terdekat ini jikalau
orang seperti Shamsul Azhar Abbas terus dibiarkan berada
dalam jaluran GLC yang sepatutnya
membantu Melayu-Bumiputera!!! sumber
No comments:
Post a Comment