Wednesday, 16 November 2016

Belajar Matematik Cara Berfikir Aras Rendah ! : KABAR

Banglo untuk dilelong RM 1.5 juta 
Untuk memiliki rumah lelong bernilai RM 1 Juta, anda perlu mempunyai tunai tersedia sebanyak RM50K atau RM100K atau  5% or 10% bagi tujuan deposit dan melayakkan anda menyertai lelongan tersebut.

Anda juga perlu menyelesaikan bayaran tertunggak 3 bulan sebanyak RM16K. 

Baki RM900K boleh diperoleh melalui pinjaman bank dan kebiasaannya bank hanya boleh memberi pinjaman sekiranya nilai bayaran ansuran bulanan adalah 70% ataupun kurang daripada jumlah pendapatan bersih anda. 

Dengan nilai pinjaman RM900K selama 35 tahun dengan kadar faedah pada 6.6%. Bayaran ansuran bulanan = RM5500.

Katakan anda juga memiliki sekurang-kurangnya 4 buah kereta seperti BMW 320i (RM250K) Mercedes C200 (RM300K) Volvo X40 (RM200K) dan Mini Cooper Clubman (RM250K), maka ansuran bulanan untuk setiap kenderaan tersebut adalah: BMW: RM2900, Merc: RM3400, Volvo: RM2400, MC: RM2900 =  RM 11,600K sebulan.

Maka, untuk mendapatkan pinjaman RM900K dengan nilai tanggungan di atas, gaji bersih bulanan anda perlulah sekurang-kurangnya RM24,185.42.....Gaji bersih tau!

Fuyooo…Pac Chek Kayoooo!

Tuesday, 15 November 2016

Kenapa Bangla!




Warga pendatang yang sentiasa dibenci, dicaci maki dan dipandang hina dalam masyarakat kita ialah warga Bangladesh.

Friday, 11 November 2016

Trumph : Making America Great Again


Seronok juga dengar cakap-cakap kedai kopi tentang Trumph dipilih rakyat AS.


Golongan baby boomers, orang yang lahir selepas perang dunia, adalah golongan paling ramai di US sekarang iaitu golongan pro kulit putih atau white supremacy.

Mereka rasa negara mereka dikuasai oleh imigran, tapi mereka lupa juga, mereka pun asalnya pendatang.

Plot cerita dia sama macam Brexit juga, bila orang putih UK menyampah dengan imigran yang masuk melambak.

Bila imigran datang, semua kerja beralih tangan. Imigran yang sanggup kerja susah tapi otak lebih geliga.

Imigran yang masuk beri jalan banyak industri baru untuk wujud. Di AS, kalau tiada imigran, industri boleh tutup dan Silicon Valley dan ibupejabat Goggle juga boleh gulung tikar.

Orang AS dah terasa tertinggal dalam negara sendiri.

Skill tidak cukup kuat macam imigran, tapi masih nak sembang hebat, macam kat tempat kita jugak.

Zaman 80an-90an (zaman remaja aku), memang zaman yang paling gemilang di AS. Itu memang zaman AS hebat. Michael Jackson, Hulk Hogan dan Hollywood memang hebat.

Slogan Trumph ‘Making America Great Again’ buat orang AS bersemangat semula.

Dia nampak seorang yang berani walau percakapannya semua kontroversi, anti muslim, rasis, sexist dan yang penting tak menampakkan ciri-ciri hipokrit.

Jadi rakyat mengharap ahli politik seperti ini memimpin mereka.

Pengajaran kepada kita, kena isi negara kita dengan orang otak pandai dan rajin bekerja. Kalau kosong, orang lain akan masuk kerana dunia sekarang sangat terbuka.

Zaman dulu kalau kau kerja kerani bank pun orang nampak hebat sesangat, begitu juga bila graduan U, orang pandang macam malaikat. Tapi sekarang dah biasa.

Sekarang ni, siapa yang rajin dan pandai merebut peluang maka dialah yang berjaya.

Bising macam mana pun, Trump sudah terpilih jadi Presiden, pandailah dia nak uruskan AS, yang kita sebok-sebok buat hapa?

Kalau esok kita tak dapat masuk AS, ada 194 negara lagi kita boleh pergi.

Kalau dia banned Muslim bagus juga, beramai-ramai kita tukar ke Mekah atau Madinah.

Terperasan jugak, bila tengok ramai pengopi @ Pengeteh berhujah secara matang dan tak sesuka hati keluar warong, kalau nak keluar juga mintak izin dari rakan-rakan.

Lihat bakat dan kebolehan mereka menggalahkan YB-YB yang kita kita pilih di parlimen.

Yang pasti, pendapat mereka (pengopi @ pengeteh) menggunakan akal mereka dan bukannya akal di kepala lutut!

Banyak yang logik daripada yang mengarut!


@ Pengopi/Pengeteh alaf baru.


Kerajaan menjaga 'kroni' dalam isu kenaikan tol di lebuhraya PLUS!


Pengambilalihan Plus Highways Berhad pada 2011 dengan 51% sahamnya dimiliki oleh kerajaan dan 49% dimiliki oleh KWSP menjadikan kesemua pencarumnya adalah ‘kroni’ kepada kerajaan.

Mereka yang membuat tuduhan, kerajaan hanya menjaga ‘kroni’ untuk mendapatkan keuntungan luar biasa dengan terus mengutip bayaran tol di lebuhraya PLUS adalah benar.

14.55 juta ahli KWSP adalah ‘kroni’ kerajaan!

Pemilikan KWSP terhadap PLUS Highways membolehkan pencarum KWSP menerima pulangan yang stabil setiap tahun daripada aset penjanaan tunai yang matang.

Cadangan pihak tertentu untuk menghapuskan tol PLUS dan hanya bergantung kepada kutipan cukai jalan adalah tindakan populis tanpa mengambilkira kerugian berpuluh-puluh bilion ringgit dividen pencarum KWSP.

Di dalam isu tol ini, jika kerajaan tidak menjaga ‘kroni’ maka kerajaan akan mengekalkan berbilion kerugian serta-merta dan melepaskan berpuluh-puluh bilion lagi dividen kepada 14.55 juta pencarum KWSP di masa depan.

Tuesday, 8 November 2016

Fenomena Supermoon Terbesar sejak 1948 pada 14 November ini.


Fenomena Supermoon terbesar sejak tahun 1948 akan berlaku pada 14 November ini!

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan media berkata, fenomena astronomi menyaksikan Bulan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi pada pukul 7:24 malam.
Bulan seterusnya akan berada pada fasa penuh atau purnama pada pukul 9:54 malam.
Kejadian ini dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee bagi ahli astronomi dan istilah ‘supermoon’ dalam kalangan masyarakat umum.
Angkasa menjelaskan, keadaan Bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan Bulan kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa.
Bagaimanapun, kata Angkasa, saiz fizikal Bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali.
“Fenomena supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015.
Bagaimanapun kejadian kali ini merupakan supermoon yang berada pada jarak paling dekat dengan Bumi sejak 68 tahun, kata Angkasa.
Justeru, Angkasa menyeru rakyat Malaysia mengambil kesempatan untuk menyaksikan fenomena itu kerana ia dijangka hanya akan berlaku lagi selepas 18 tahun.


Johor Contoh Peneraju Wakaf Jihad Ekonomi




Kejayaan kerajaan Johor dalam menjayakan pelbagai program wakaf untuk dinikmati umat Islam di negeri itu sejak akhir kurun ke-19 wajar dicontohi negeri-negeri lain.

China Pemiutang Terbesar Amerika Syarikat

Menurut perangkaan yang dikeluarkan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), bahagian terbesar hutang Amerika Syarikat (AS), iaitu 68 sen bagi setiap dolar atau nilai keseluruhan berjumlah US$10 trilion, dimiliki oleh pelabur individu, syarikat, negeri, kerajaan tempatan dan kerajaan asing seperti China yang memegang bil perbendaharaan, nota dan bon.

Kerajaan asing memegang kira-kira 46 peratus daripada semua hutang AS yang dipegang oleh orang ramai berjumlah US$4.5 trilion.

Saturday, 5 November 2016

Respon "Open letter to DYMM Tuanku Sultan Johor"

Saya bersetuju bahawa Perlembagaan Persekutuan memberikan hak untuk rakyat untuk bercakap, berhimpun dan berpesatuan melalui perkara 10 perlembagaan.

Minyak naik,naik minyak!


Kekurangan minyak masak di pasaran menimbulkan rasa tidak puashati khususnya sebilangan besar rakyat Malaysia.Pastinya krisis minyak masak ini satu lagi bom jangka yang mana jika tidak ditangani dengan kadar segera akan memberikan kesan yang tidak baik dari segi politik,ekonomi dan sosial.

Thursday, 3 November 2016

Agenda menghancurkan negara


Tidak sepatutnya keamanan negara yang terpelihara sejak 59 tahun lalu dihancurkan semata-mata mahu membawa perubahan kepada sistem pilihan raya sedia ada.


Wednesday, 2 November 2016

Matlamat tidak menghalalkan cara



Politikus yang tiada class sanggup buat apa saja untuk mengambil keuntungan politik jika sesuatu perkara itu akan menguntungkan dirinya sebagai ahli politik.

Usahlah menghalalkan perbuatan membunuh diri dan menjadikan si pelaku sebagai wira penentang kezaliman.

Membunuh diri kerana kecewa adalah perbuatan yang salah bahkan satu janayah dan manusia tiada hak untuk mengambil nyawa sendiri.

Mengambil nyawa sendiri sebagai manifestasi menentang kezaliman jika berlaku adalah tindakan yang salah sama ada salah pada norma kehidupan manusia atau salah dari sudut agama.

Masyarakat harus bersimpati dengan mereka yang membunuh diri jika ia berlaku kerana kekecewaan lantaran tidak mendapat pembelaan.

Namun menjadikan peristiwa tersebut sebagai ikon menentang kezaliman adalah salah kerana matlamat tidak menghalalkan cara.


Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...