![]() |
| Banglo untuk dilelong RM 1.5 juta |
Untuk memiliki rumah lelong bernilai RM 1 Juta, anda perlu
mempunyai tunai tersedia sebanyak RM50K atau RM100K atau 5% or 10% bagi tujuan deposit dan
melayakkan anda menyertai lelongan tersebut.
Anda juga perlu menyelesaikan bayaran tertunggak 3 bulan
sebanyak RM16K.
Baki RM900K boleh diperoleh melalui pinjaman bank dan
kebiasaannya bank hanya boleh memberi pinjaman sekiranya nilai bayaran ansuran
bulanan adalah 70% ataupun kurang daripada jumlah pendapatan bersih anda.
Dengan nilai pinjaman RM900K selama 35 tahun dengan kadar
faedah pada 6.6%. Bayaran ansuran bulanan = RM5500.
Katakan anda juga memiliki sekurang-kurangnya 4 buah kereta seperti BMW 320i (RM250K) Mercedes C200 (RM300K) Volvo X40 (RM200K) dan
Mini Cooper Clubman (RM250K), maka ansuran bulanan untuk setiap kenderaan
tersebut adalah: BMW: RM2900, Merc: RM3400, Volvo: RM2400, MC: RM2900 = RM 11,600K sebulan.
Maka, untuk mendapatkan pinjaman RM900K dengan nilai
tanggungan di atas, gaji bersih bulanan anda perlulah sekurang-kurangnya
RM24,185.42.....Gaji bersih tau!
Fuyooo…Pac Chek Kayoooo!

No comments:
Post a Comment