Tuesday, 8 November 2016

Johor Contoh Peneraju Wakaf Jihad Ekonomi




Kejayaan kerajaan Johor dalam menjayakan pelbagai program wakaf untuk dinikmati umat Islam di negeri itu sejak akhir kurun ke-19 wajar dicontohi negeri-negeri lain.

Kejayaan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperkenalkan konsep Saham Wakaf Johor yang merupakan program pertama seumpamanya dilaksanakan di negara ini.

Setakat ini, seramai 45,134 individu sudah menyertai skim Saham Wakaf Johor yang berjaya menghasilkan kutipan dana terkumpul sebanyak RM45 juta setakat ini.

Ini membolehkan MAINJ melaksanakan 10 projek bagi membantu umat Islam di Johor dan paling baharu ialah kategori bantuan kesihatan iaitu Wakaf Mesin Dialisis dengan menyediakan 100 mesin bernilai RM4.5 juta.

Ia sekali gus membantu membiayai 8,230 pesakit buah pinggang yang miskin dengan anggaran kos RM18 juta dari 2010 hingga 2015 manakala untuk tahun ini sahaja 2,240 pesakit menerima manfaat dengan peruntukan RM41 juta.

Tahun lalu sahaja, sebanyak tiga projek baharu di beberapa bidang tanah wakaf terpilih dibangunkan antaranya ialah projek sebuah pusat jagaan warga emas di tapak Masjid Taman Perling di sini.

Turut dirancang ialah pembinaan ruang niaga lima tingkat dan pusat dialisis di tanah wakaf Masjid Kota Tinggi serta sebuah kompleks fakir miskin selain ruang industri kecil dan sederhana yang bakal dimajukan di Mersing.

MAINJ turut merancang pembangunan harta wakaf yang aktif termasuk merancang pelaksanaan projek pembangunan perumahan Bandar Baru Uda untuk prasarana kediaman golongan miskin dan juga merancang pembinaan francais Wakaf Mart di tapak Masjid Taman Perling untuk memberi peluang dan ruang usahawan Muslim yang berdaya maju meningkatkan pendapatan mereka.

Kejayaan program wakaf di Johor ini membolehkan MAINJ membina 120 buah sekolah agama sebagai tambahan kepada 556 buah yang sedia ada sejajar imej Johor iaitu peneraju sistem pendidikan agama sejak 1918.

Contohilah kerajaan Johor sebagai salah sebuah negeri yang cemerlang di dalam jihad ekonomi, khususnya kepada ekonomi umat Islam.

SUMBER.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...