Fenomena Supermoon terbesar sejak tahun 1948 akan berlaku pada 14
November ini!
Agensi Angkasa Negara
(Angkasa) dalam satu kenyataan media berkata, fenomena astronomi menyaksikan
Bulan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi pada pukul 7:24 malam.
Bulan seterusnya akan
berada pada fasa penuh atau purnama pada pukul 9:54 malam.
Kejadian ini dikenali
sebagai Bulan Penuh Perigee bagi ahli astronomi dan istilah ‘supermoon’ dalam
kalangan masyarakat umum.
Angkasa menjelaskan,
keadaan Bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan Bulan
kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa.
Bagaimanapun, kata
Angkasa, saiz fizikal Bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali.
“Fenomena supermoon
telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015.
Bagaimanapun kejadian
kali ini merupakan supermoon yang berada pada jarak paling dekat dengan Bumi
sejak 68 tahun, kata Angkasa.
Justeru, Angkasa
menyeru rakyat Malaysia mengambil kesempatan untuk menyaksikan fenomena itu
kerana ia dijangka hanya akan berlaku lagi selepas 18 tahun.
No comments:
Post a Comment