Friday, 11 November 2016

Trumph : Making America Great Again


Seronok juga dengar cakap-cakap kedai kopi tentang Trumph dipilih rakyat AS.


Golongan baby boomers, orang yang lahir selepas perang dunia, adalah golongan paling ramai di US sekarang iaitu golongan pro kulit putih atau white supremacy.

Mereka rasa negara mereka dikuasai oleh imigran, tapi mereka lupa juga, mereka pun asalnya pendatang.

Plot cerita dia sama macam Brexit juga, bila orang putih UK menyampah dengan imigran yang masuk melambak.

Bila imigran datang, semua kerja beralih tangan. Imigran yang sanggup kerja susah tapi otak lebih geliga.

Imigran yang masuk beri jalan banyak industri baru untuk wujud. Di AS, kalau tiada imigran, industri boleh tutup dan Silicon Valley dan ibupejabat Goggle juga boleh gulung tikar.

Orang AS dah terasa tertinggal dalam negara sendiri.

Skill tidak cukup kuat macam imigran, tapi masih nak sembang hebat, macam kat tempat kita jugak.

Zaman 80an-90an (zaman remaja aku), memang zaman yang paling gemilang di AS. Itu memang zaman AS hebat. Michael Jackson, Hulk Hogan dan Hollywood memang hebat.

Slogan Trumph ‘Making America Great Again’ buat orang AS bersemangat semula.

Dia nampak seorang yang berani walau percakapannya semua kontroversi, anti muslim, rasis, sexist dan yang penting tak menampakkan ciri-ciri hipokrit.

Jadi rakyat mengharap ahli politik seperti ini memimpin mereka.

Pengajaran kepada kita, kena isi negara kita dengan orang otak pandai dan rajin bekerja. Kalau kosong, orang lain akan masuk kerana dunia sekarang sangat terbuka.

Zaman dulu kalau kau kerja kerani bank pun orang nampak hebat sesangat, begitu juga bila graduan U, orang pandang macam malaikat. Tapi sekarang dah biasa.

Sekarang ni, siapa yang rajin dan pandai merebut peluang maka dialah yang berjaya.

Bising macam mana pun, Trump sudah terpilih jadi Presiden, pandailah dia nak uruskan AS, yang kita sebok-sebok buat hapa?

Kalau esok kita tak dapat masuk AS, ada 194 negara lagi kita boleh pergi.

Kalau dia banned Muslim bagus juga, beramai-ramai kita tukar ke Mekah atau Madinah.

Terperasan jugak, bila tengok ramai pengopi @ Pengeteh berhujah secara matang dan tak sesuka hati keluar warong, kalau nak keluar juga mintak izin dari rakan-rakan.

Lihat bakat dan kebolehan mereka menggalahkan YB-YB yang kita kita pilih di parlimen.

Yang pasti, pendapat mereka (pengopi @ pengeteh) menggunakan akal mereka dan bukannya akal di kepala lutut!

Banyak yang logik daripada yang mengarut!


@ Pengopi/Pengeteh alaf baru.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...