Tuesday, 15 November 2016

Kenapa Bangla!




Warga pendatang yang sentiasa dibenci, dicaci maki dan dipandang hina dalam masyarakat kita ialah warga Bangladesh.

Namun jarang-jarang kita dengar kes seludup dadah ke jual dadah ke yang melibatkan golongan Bangla ni tapi tetap jugak mereka dibenci rakyat tempatan.

Pelik sangat-sangat bila kat media sosial especially ramai yang benci sangat golongan Bangla ni. Mungkin mereka tak sekacak Korean ke, Mat Salleh ke, Hindustan ke, China ke, Iran ke!

Kalau kita kerja petik buah kat Australia atau New Zealand ke, lepas tu rakyat tempatan kat sana hina kita macam-macam, apa macam?


Biasanya golongan yang dipanggil Bangla ni dikecam sebab bau mereka yang busuk, dan pakaian mereka pakai pun fesyen 70an, tak de gaya langsung!

Tapi kalau kita ambik masa sedikit, mungkin kita boleh fikir yang bau tu datang daripada peluh dia bekerja susah-payah untuk mencari rezeki dengan menebar roti canai dan menarik teh tarik.

That's why roti canai mamak-slash-bangla is the best, sebab kedai mamak tak pernah putus 24 jam…. Nampak!

Anyway, kenyataannya, Bangla datang Malaysia sebab nak cari rezeki dan takde sebab untuk kita pandang serong kat diorang pun sebenarnya.

Kalaulah nak kata yang mereka tu pembawa jenayah, suka kacau bini orang atau anak dara orang, berikut adalah statistik jenayah yang dilakukan oleh keseluruhan warga asing di negara ini.

Statistik bagi penglibatan warganegara asing dalam jenayah indeks pada tahun 2013, 2014 dan 2015 adalah seperti berikut : Tahun 2013 sebanyak 3,652 kes atau 2.0% ; Tahun 2014 sebanyak 804 kes atau 0.5% ; Tahun 2015 sebanyak 1,575 kes atau 1.0%  ……………………. Mutakhir hanya 1 % je ye!

Ini bermakna rakyat tempatan lebih ramai yang haprakkk berbanding warga asing.

Jadi pefitnah, peragut, pukau, pecah rumah, bom mesin ATM, culik budak, rogol budak, curi tabung masjid, curi selipar masjid, curi bag tangan kat masjid, jadi bapak ayam, whatever….majoritinya cop muka orang tempatan, tak kira, Melayu ke, Cina ke, India ke, bumiputera lain ke, 2 x 5.

Rakyat tempatan jugaklah most yang tak rela nak mengemop lantai dan mencuci tandas atau kerja kilang selipar.

Gaji rendah. Ye…. rendah sesangat berbanding merempit atau melepak kat tepi jalan sampai jauh malam!

Kalau kita ada akal, maka kita akan sedar bahawa Bangla tu sanggup mengambil risiko datang jauh-jauh ke Malaysia untuk mencari rezeki.

Tak pasal-pasal dituduhnya jadi hantu…..alah! pengundi hantu!

Kalau kita selidiki, Bangla yang kerja korek longkang, cuci tandas, mengemop lantai kat airport ada Masters degree, atau paling kurang ada first degree.

Mohon rasa rendah diri yang jadi kaki kutuk siang malam kepada insan yang se Islam dengan kita. 

Rasa-rasa, kalau Bangla dapat kerja yang kau tengah buat sekarang, buat kerja sambil main pes bok kat office, dijamin dia dah jadi boss kau sejak tahun lepas lagi.

Sudah pasti!

Yang pasti, kita selalu suka buat dosa kering, kerja utama kita mengutuk orang siang malam dalam pes bok, walaupun penampilan diri lebih dahsyat dari wali, teramat maksom sesangat........hebat berputar-putar guna ayat suci dan hadis nabi buat modal caci-maki!

Kita patut belajar dari Mat Bangla!

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...