Kekurangan minyak masak di pasaran menimbulkan rasa tidak
puashati khususnya sebilangan besar rakyat Malaysia.Pastinya krisis minyak
masak ini satu lagi bom jangka yang mana jika tidak ditangani dengan kadar
segera akan memberikan kesan yang tidak baik dari segi politik,ekonomi dan
sosial.
Penguatkuasaan ternyata amat lemah dan perlu diselesaikan
segera,atau jika tidak akan menjadi sasaran mudah kritikan rakyat yang semakin
mudah melontarkan pandangan dan persepsi negatif dengan mengviralkan
ketidakcekapan KPDNKK menangani isu minyak masak.
Secara mudahnya barangan kawalan seperti minyak masak
selalunya dilesenkan pengilang dan pengedarannya kepada syarikat yang dilantik
dan KPDNKK tahu jumlah yang dikeluarkan dipasaran.Rakyat tidak mahu tahu alasan
mengapa berkurangnya bekalan tetapi penyelesaian dengan pantas dan kaedah yang
terbaik.
Kenaikan harga dua jenis minyak secara serentak iaitu minya
masak dan minyak kenderaan membuatkan rasa cemas dan gusar rakyat yang baru
sahaja agak reda dengan isu GST yang dikaitkan dengan kenaikan barangan
seterusnya meningkatkan kos sara hidup.
Jika minyak kenderaan petrol dan diesel bolehlah kerajaan
memberikan alasan Malaysia bukan negara pengeluar yang besar.Ini kelapa sawit
adalah antara eksport utama negara dan FELDA hanya satu di dunia akan menjadi
bahan ketawa rakyat Malaysia.
Jika KPDNKK masih dibuai mimpi, eloklah Menteri KPDNKK
mengikuti jejak Hasan Malek meninggalkan kerusi panas kementerian kerana rakyat
makin panas hati dengan alasan yang berbelit-belit tanpa sebarang tindakan
segera.

No comments:
Post a Comment