RUU 355 jelas tidak melibatkan
bukan Islam.
Kenapa mereka amat beriya-iya
menentang pindaan tersebut.
Setakat ini, tiada alasan yang
kukuh mengapa mereka menolak.
Antara alasan yang diberikan
ialah RUU 355 adalah hudud yang amat mereka benci.
Benci kerana hudud adalah syariat
Islam.
Mereka menolak semua usaha untuk
mertabatkan Islam di bumi Malaysia.
Bagi mereka, Malaysia adalah
negara sekular.
Sebarang usaha untuk mengukuhkan
kedudukan Islam walaupun ianya masih jauh dari tuntutan Islam yang sebenar
pasti mereka menolak.
Motif utama mereka ialah Malaysia
adalah negara sekular.
Dengan adanya sedikit pindaan
yang boleh menguatkan Islam, bermakna cita-cita mereka untuk menidakkan
Malaysia sebuah negara Islam akan terhalang secara beransur-ansur.
Adakah mereka begitu dungu dan
bodoh untuk memahami RUU 355?
Mereka yang mengetuai penentangan
adalah dari kalangan cerdik pandai dan berpengetahuan.
RUU 355 tidak payah untuk
difahami.
Kesimpulan yang dapat diambil
secara tepat ialah mereka menolak sebarang usaha untuk mertabatkan Islam di
Malaysia.
Mereka menentang agama Allah.
Inilah sifat orang kafir dan
munafik dari dulu hingga hari qiamat.
Di dalam al-Quran, Allah memberi
ingatan mereka adalah musuh Allah dan musuh kamu wahai mereka yang beriman
dengan Allah.
Bagaimana pula dengan orang Islam
yang menolak pindaan ini?
Mereka merupakan muslim liberalis
dan mereka sanggup melakukan sesuatu yang merendahkan mertabat Islam demi
cita-cita mereka menyebarkan fahaman ini.
Kumpulan liberalis juga mendakwa
merekalah kumpulan yang memperjuangkan Islam sebenar.
Mereka memperjuangkan Islam
harmonis yang mengutamakan keamanan dan perpaduan.
Melalui kefahaman keharmonian
beragama akan dapat dicapai bila semua agama mempunyai kedudukan yang sama
taraf.
Mereka harus meraikan kehendak
orang kafir sehingga sanggup mengadai perkara asas dalam aqidah dan perkara
kecil dalam hukum hakam.
Hakikatnya .......
Hakikatnya .......
Islam sebenar adalah agama yang
jelas dan sempurna.
Islam sebenar tidak menyeru
permusuhan terhadap golongan kafir.
Islam sebenar tidak akan bertolak
ansur dalam perkara-perkara yang boleh merendahkan mertabat Islam konon-kononnya
untuk menjaga keharmonian kaum.
Syariat telah meletakkan kaedah
yang jelas dalam semua permasalahan.
Tidak perlu mentakwil hukum hukum
syarak berlebihan hanya untuk mengambil hati orang kafir seolah-olah
itulah kaedah dakwah yang dianjurkan Islam.
Kaedah ini bukan membina izzah
kepada Islam tetapi lebih menampakkan kedayusan umat Islam.

