Aramco tidak membeli Petronas
seperti mana diwar-warkan sesetengah puak-puak politik berkepentingan.
Aramco melabur RM31 bilion di Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) dan pelaburan Aramco ini hanya akan
beroperasi pada tahun 2019.
Di bawah kerjasama itu, Saudi
Aramco akan membekalkan sehingga 70% daripada keperluan minyak mentah untuk penapisan di RAPID, manakala gas asli, tenaga dan
utiliti-utiliti lain akan disediakan oleh Petronas.
Pelaburan begini bukan baru
kepada Aramco kerana mereka telah melakukan pelaburan yang sama di
kilang-kilang penapisan di seluruh dunia.
Petronas juga akan mendapat
banyak manfaat kerana akan memberi jaminan bekalan minyak mentah untuk Malaysia
kerana negara ini hanya pengeluar petroleum berskala kecil.
Projek PIPC memberi banyak
kelebihan jika dibandingkan dengan negara jiran terdekat kita iaitu
Singapura kerana kita mempunyai keluasan tanah yang besar dan kapasiti
penapisan yang lebih banyak.
Selama ini, Singapura merupakan hab
perdagangan petroleum dan pusat pemprosesan yang besar Asia dan ketiga terbesar
di dunia, walaupun negara itu bukanlah negara pengeluar minyak.
Selama ini, minyak dari Malaysia juga
ditapis dan diproses di Singapura kerana negara tidak mampu memenuhi keperluan industri
penapisan minyak di dalam jumlah kapisiti mega.
Tak dipertikaikan lagi bahawa
Singapura digelar sebagai hub petroleum Asia.
Industri petroleum telah
menyumbang sebanyak 5% daripada KDNK atau lebih kurang RM60 bilion setiap
tahun kepada negara tersebut.
Singapura mampu menarik pelaburan
dalam industri berkitan petroleum dan petrokimia dari seluruh Asia kerana
mereka mempunyai pusat penapisan besar bertaraf mega di Pulau Bukum.
Malaysia telah nampak perkara ini
dan dengan wujudnya RAPID di Pengerang ianya bakal memberi kekayaan dan keuntungan
kepada industri pemprosesan minyak mentah negara.
Bukan membina projek-projek mega
seperti jambatan bengkok atau Litar F1 Sepang dan lain-lain, sebaliknya negara
sepatutnya mengambil alih fungsi industri penapisan minyak dari Singapura.
Sepatutnya ianya menjadi keutamaan
nombor satu Malaysia sejak dahulu lagi kerana industry ini memberi sejumlah
besar keuntungan dan pekerjaan di samping industry hiliran yang akan wujud.
Dengan wujudnya pelaburan di
RAPID, kekayaan yang selama ini dilambak di Singapura akan kembali menjadi
milik Malaysia dan menawarkan peluang pekerjaan berpedapatan tinggi sehingga sekurang-kurangnya
kepada 8000 orang penduduk tempatan.
Selepas RAPID beroprasi
sepenuhnya, Malaysia akan menjadi pengeksport bersih produk minyak bertapis dan
bukannya pengimport bersih yang telah memberi keuntungan kepada negara terbabit.
PIPC ini secara tidak langsung
akan membetulkan kesilapan kepada kepimpinan terdahulu kerana selama ini Singapura
mengaut keuntungan berbilion setahun hasil dari minyak negara kita yang
diproses di sana.
No comments:
Post a Comment