Manchester United telah menandatangani memorandum
persefahaman dan kerjasama dengan pergerakan hak Lesbian, Gay Bisexual dan
Transgender (LGBT), Stonewall.
Ia telah disahkan di Twitter kelab tersebut hari ini sebagai
langkah pertama sebagai tanda sokongan kelab tersebut kepada badan
pro-homoseksual.
Di ManchesterUnited.com, kerjasama itu juga sebagai langkah
untuk membasmi mentaliti buruk masyarakat di Britain terutamanya peminat bola
sepak mengenai gerakan LGBT.
Stadiumnya Old Trafford bakal menjadi tuan rumah kepada
kempen Rainbow Laces Summit. Ia merupakan sidang mengenai LGBT yang akan
diadakan pada 15 Mei nanti.
Warna pelangi yang sinonim dengan gerakan LGBT pernah
menjadi perhatian apabila semua pemain di Liga Premier memakai tali kasut
berwarna pelangi pada kasut bola.
Bagi kapten pasukan pula, mereka bakal memakai lilitan
lengan berwarna pelangi sebagai tanda yang menunjukkan sokongan kuat terhadap gerakan
terkutuk ini.
ManU juga berasa bangga menjadi kelab pertama di UK yang
menjalinkan kerjasama dengan gerakan itu.
ManU juga sebenarnya sedang menjalankan sebuah kempen yang
dipanggil #AllRedAllEqual, iaitu kempen kesedaran terhadap layanan sama rata
kepada semua golongan termasuk LGBT.
Ketua Eksekutif Stonewall, Ruth Hunt berkata sokongan ManU
kepada LGBT akan membuka peluang kepada jutaan peminat bola sepak di seluruh
dunia untuk merasai sendiri diri mereka adalah dialu-alukan.
Sumber: Manchesterunited.com

No comments:
Post a Comment