Hanya kerana mahu menarik
pelanggan, pelbagai kaedah unik digunakan termasuk menggunakan WhatsFake.
Mungkin aplikasi ini baharu
kepada sesetengah individu namun kepada peniaga dalam talian atau online,
aplikasi ini sudah mula menular dalam kalangan mereka.
Bagi setiap peniaga online,
mereka memerlukan testimoni atau respons daripada pengguna untuk melariskan jualan
dan memperkenalkan barangan.
Testimoni dalam bentuk perbualan
di antara pelanggan dan peniaga yang berpuas hati dengan produk dibeli akan
dimuat naik dalam laman sosial untuk menarik pelanggan baru.
Persoalannya, adakah benar semua
testimoni yang dikongsikan peniaga online adalah dari pelanggan
mereka atau sekadar penipuan semata-mata.
WhatsFake akan digunakan
untuk cipta perbualan mengenai testimoni sesuatu barangan sehingga boleh
membuatkan pelanggan terperdaya.
Melalui aplikasi ini, anda boleh
jadi sender mesej dan pada masa yang sama anda juga boleh jadi receiver mesej
dalam perbualan yang sama.
Dalam kaedah mudah difahami ialah
dengan menggunakan WhatsFake, anda sebenarnya sedang berlakon jadi dua
orang yang berbeza menerusi satu sesi chatting atau sembang ala WhatsApp.
Aplikasi yang dipercayai dicipta
pada tahun lepas sudah dimuat naik lebih 10,000 kali dan mendapat rating yang
agak tinggi untuk aplikasi komunikasi.
WhatsFake ini tiada kaitan
dengan pengeluar aplikasi WhatsApp yang diperkenalkan pada 2009 sebelum diambil
alih oleh Facebook pada tahun 2014 walaupun skrin dan simbol
perbualan WhatFake sama dengan WhatsApp.
Justeru orang ramai kini perlu
lebih berhati-hati dengan memilih produk, barangan dan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh peniaga online kelentong.

No comments:
Post a Comment