Tindakan The Star yang
memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan ibadah solat dengan tajuk ‘Malaysian
Terrorist Leader’ adalah perbuatan sangat biadab.
Ini bukan pertama kali tindakan perlecehan agama dan
sentimen kaum dilakukan secara terbuka dan berani.
Nanyang Siang Pau sebelum ini telah mempersenda
Presiden PAS dengan menggunakan karikatur seekor monyet berserban dan telah mencetuskan
kemarahan rakyat Malaysia.
The Star bagaimanapun gagal mempelajarinya dan masih
mengulangi kesilapan serupa malah nampak makin berani dan nekad.
Permohonan maaf setelah insiden serupa berlaku juga
merupakan satu lagi siri penghinaan yang dirancang.
Sampai bila kesabaran umat Islam mahu diuji sedemikian rupa?
Kesabaran umat Islam terus-menerus dicabar melalui provokasi
yang melampau.
Sikap mereka yang melebihi had dalam mempersenda umat Islam
seolah-olah satu tindakan yang terancang.
Bila umat Islam bertindak, akhirnya mereka yang dituduh
sebagai pelampau!
Kerajaan perlu lebih serius dalam menangani isu sebegini.
Berhentilah daripada melakukan sebarang percubaan untuk
menguji kesabaran umat Islam.
Jangan terus mencetuskan provokasi kerana provokasi itu
tidak selamanya memberi keuntungan kepada mereka.
Usahlah mengambil sikap sama seperti DAP yang mengeksploitasi isu untuk 'berdakwah' ke arah fahaman liberal.
Mengambil contoh provokasi biadap yang dilakukan oleh
Pegawai Penerangan KM PP, Zaidi Ahmad, yang dilihat sengaja mahu menimbulkan
ketegangan di kalangan peserta demonstrasi sehingga mencetus kontroversi
pada Majlis Himpunan Aman yang diadakan selepas solat Jumaat di
luar Masjid Simpang Enam, PP minggu lepas.
Dan peristiwa pemandu Camry putih dipukul ahli jamaah
disebabkan provokasi keterlaluan ketika umat Islam sedang menunaikan Solat
Jumaat pada bulan lalu.
Ntah, dah berapa ribu kali umat Islam dijadikan kambing hitam di negara ini?
Kes diklasifikasi sebagai selesai apabila mengucapkan perkataan 'MAAF YE, KAMI BERASA KESAL DI ATAS APA YANG TELAH BERLAKU!'





